Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelajar Kolej Dalang Edar Dadah

Diterbitkan: 13 Nov 2014 1.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUANTAN- Tindakan pantas polis menahan dua saspek kes pecah kedai dalam sebuah pusat membeli belah di sini bukan sahaja menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh 24 jam sebaliknya turut membongkar kegiatan pengedaran dadah didalangi penuntut kolej swasta di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-kolej-dalang-edar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:42 MYT
Pelajar Kolej Dalang Edar Dadah

KUANTAN- Tindakan pantas polis menahan dua saspek kes pecah kedai dalam sebuah pusat membeli belah di sini bukan sahaja menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh 24 jam sebaliknya turut membongkar kegiatan pengedaran dadah didalangi penuntut kolej swasta di sini, kelmarin. 

Susulan penahanan dua pelajar berusia 19 dan 20 tahun itu, polis turut menahan lima rakan mereka termasuk dua wanita di mana tiga daripadanya masih bergelar pelajar kolej, seorang bekas pelajar dan seorang bekerja sebagai buruh berusia antara 19 hingga 22 tahun. 

Hasil penahanan kesemua suspek, polis menemui dan merampas tujuh komputer riba, enam kamera digital jenama GoPro dan enam telefon bimbit yang dilaporkan dicuri dari sebuah kedai dalam sebuah pasar raya di sini 10 November lalu dan 1.69 kilogram dadah jenis ganja bernilai kira-kira RM3,000 di tiga lokasi berasingan di sini. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, susulan laporan polis yang dibuat seorang peniaga susulan kes pecah kedainya pada 9 November lalu, polis berjaya menahan seorang suspek berusia 19 tahun di hadapan sebuah kolej di Semambu di sini hari berikutnva. 

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas pelajar itu, polis berjaya menemui kesemua barangan dilaporkan hilang dari premis kedai ter-sebut yang disorok di sebuah rumah di Indera Mahkota 8 Jalan Sungai Limbing. 

"Lanjutan daripada soal siasat ke atas kedua-dua suspek ini, salah seorang suspek mem-bawa polis ke rumahnya di Taman Polo sebelum terserempak dengan lima lagi rakan mereka dalam rumah tersebut termasuk dua wanita katanya semalam. 

Sumber: Akhbar Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2014 1.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM