Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelajar Digalak Bantu Polis

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Peranan dan tanggungjawab masyarakat terutamanya pelajar dalam membantu polis amatlah digalakkan dan dialu-alukan secara langsung atau tidak langsung dan ianya akan mengurangkan kejadian jenayah dan s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-digalak-bantu-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:04 MYT
Maran, Pahang 11 Febuari 2011

Sistem 'Rakan Cop' telah diperkenalkan oleh PDRM dengan kerjasama Syarikat Dapat Vista Sdn. Bhd. pada tahun 2004  di mana setiap maklumat  atau aduan boleh dihantar melalui sistem pesanan ringkas atau SMS. Kaedah ini lebih berkesan dan lebih efektif kerana segala tindakan susulan yang sistematik dapat dilaksanakan, serta mewujudkan semangat kekitaan antara polis dengan masyarakat.
 
Berucap di Dewan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, YDH Dato' Fatimah binti Ghazali,Timbalan Ketua Polis Pahang, sehingga kini keahlian 'Rakan Cop' Kontinjen Pahang berjumlah 13,916 orang dan populasi penduduk Negeri Pahang seramai 1,535,700 orang. Secara nisbahnya 1:110, di mana setiap (110) penduduk Negeri Pahang hanya terdapat seorang ahli 'Rakan Cop'. 
 
Oleh itu, peranan dan tanggungjawab masyarakat terutamanya pelajar dalam membantu polis amatlah digalakkan dan dialu-alukan secara langsung atau tidak akan mengurangkan kejadian jenayah seterusnya menjadikan kawasan tersebut lebih selamat. Kerjasama seperti ini amatlah penting dalam usaha PDRM memerangi jenayah dan dadah. Tidak dinafikan juga kejayaan pihak polis adalah atas usaha kerjasama erat masyarakat di seluruh pelusuk negara.
 
Masyarakat juga harus sentiasa peka dengan persekitaran dan menghidu sebarang kegiatan yang mencurigakan, menjadi mata dan telinga polis serta menyalurkan sebarang maklumat jenayah dengan segera agar tindakan susulan yang terbaik dapat diambil. Justeru itu juga, adalah penting untuk masyarakat memainkan peranan yang aktif demi membendung kegiatan jenayah dan dadah dari sekarang bagi mengelakan ramai lagi menjadi mangsa. 
 
Di akhir ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Pahang sempat menasihat pelajar agar tidak merosakkan diri dengan perbuatan tidak elok dan memudaratkan serta sentiasa berfikir sebelum bertindak, janganlah mengambil langkah yang akan dikesali kemudian hari.
 
Majlis yang bermula selepas solat jumaat di masjid UiTM Jengka, Maran jam 3.00 petang YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Haji Hilmi bin Ab Rahman, Pengarah Kampus UiTM Jengka Pahang, YBhg. Encik Muhammad Mohktar Samat, Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YDH ACP Md Shuib bin Hashim, Timbalan Ketua Caw. Khas 1 Pahang, turut hadir juga Ketua-ketua Jabatan UiTM, Ketua-ketua Polis Daerah, pegawai kanan polis, anggota polis dan semua warga pengurusan Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM Jengka, Pahang. 

Berlangsung di majlis tersebut, lafaz ikrar yang diketuai oleh Ketua Pelajar bagi memberi kerjasama di dalam usaha menarik lebih ramai menyertai Rakan Cop serta membantu pihak PDRM dalam menangani kegiatan jenayah. Selain itu, satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani oleh pihak UiTM Kampus Jengka, Pahang dan PDRM bagi memastikan niat dan usahasama begini akan dapat diteruskan dan berkekalan.
 
Majlis di akhiri dengan melawat pameran-pameran PDRM di luar dewan.
 
Pelajar Digalak Bantu Polis
...bacaan doa

Pelajar Digalak Bantu Polis
Ucapan YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Haji Hilmi bin Ab Rahman, Pengarah Kampus UiTM Jengka Pahang.

Pelajar Digalak Bantu Polis
Ucapan oleh YDH Dato' Fatimah binti Ghazali, Timbalan Ketua Polis Pahang.

Pelajar Digalak Bantu Polis
Bacaan ikrar oleh ketua pelajar mewakili pelajar-pelajar yang lain...

Pelajar Digalak Bantu Polis
Sulaman ikrar yang dibuat khas...

Pelajar Digalak Bantu Polis
Menandatangani MOU antara pihak UiTM Pahang dan PDRM.

Pelajar Digalak Bantu Polis
Taklimat 'Rakan Cop' menggunakan SMS disampaikan oleh Insp. Hajinder Singh.

Pelajar Digalak Bantu Polis
Mahasiswa menggunakan telefon bimbit untuk daftar ahli 'Rakan Cop'.

Pelajar Digalak Bantu Polis
Mahasiswi turut mendaftar ahli 'Rakan Cop'.

Pelajar Digalak Bantu Polis
YDH Dato' Fatimah binti Ghazali, Timbalan Ketua Polis Pahang sempat beramah mesra bersama pelajar...

Pelajar Digalak Bantu Polis
Antara pameran yang berada di luar Dewan Kampus UiTM Jengka, Maran.

Wartawan  : L/kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor / Konst Helmi Saadin
Jurufoto    : L/kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Penyunting : C/Insp. Norsuzila bt Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM