Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hala Tuju Dan Tekad Integriti Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Doktrin I ASK' ditetapkan sebagai kualiti personaliti dalam polis , iaitu I - Integriti, A - Attitude, S - Skill dan K - Knowledge..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hala-tuju-dan-tekad-integriti-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:08 MYT

Kuala Lumpur, 11 Februari 2011

Bermula 13 September 2010 hingga ke hari ini, genaplah 151 hari YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menerajui Polis Diraja Malaysia. YDH Tan Sri telah menetapkan beberapa agenda dan inisiatif untuk menentukan PDRM sentiasa relevan kepada situasi semasa dan dapat diterima oleh rakyat sebagai usaha mendokong aspirasi pucuk pimpinan kerajaan.

YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar  juga bertekad untuk membawa PDRM ke arah transformasi yang berteraskan inovasi dan pembaharuan, kompetensi serta kolaborasi dan integrasi.

 

"Visi PDRM dalam tempoh 5 tahun akan datang adalah 'Agensi Peneraju Dalam Menjadikan Malaysia Negara Aman,Selamat dan Sejahtera' dan Misi PDRM adalah 'Memberi Perkhidmatan Profesional dan Berkualiti dalam melindungi Negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi mesyarakat", ucap beliau ketika memulakan taklimatnya pada petang ini kepada Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia dan Arkib Negara Malaysia.

Dalam ucapannya juga, beliau turut menerangkan penetapan hala tuju dan tekad integriti PDRM bertumpu kepada modal insan yang berintegriti dan strategi perlaksanaan yang praktikal.


Menurut beliau lagi, semasa mengambil alih tampuk peneraju PDRM, beliau telah membuat janji bahawa barisan kepimpinan PDRM akan bekerja berlandaskan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang dan menentukan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan Negara Malaysia.

 

Bagi mencapai hasrat tersebut beliau menegaskan bahawa semua pegawai polis sama ada pegawai kanan atau pegawai rendah polis hendaklah memiliki kualiti sebagai pemimpin kerana dalam banyak keadaan, masyarakat melihat polis sebagai leader.

"Doktrin I ASK' ditetapkan sebagai kualiti personaliti dalam polis , iaitu I - Integriti, A - Attitude, S - Skill dan K - Knowledge", ujar YDH Ketua Polis Negara.

Tambahnya lagi, seorang polis bukan sahaja perlu bertindak tegas dan adil tetapi kualiti berhemah menjadi semakin penting kerana masyarakat lebih terdidik dengan hak-hak mereka dan undang-undang di mana, pegawai polis perlu meletakkan jiwa dan raga dalam melaksanakan tugas bagi memahami tingkah laku masyarakat yang lebih bervariasi.         

 

Lantaran itu, beliau telah merencanakan Pelan Strategik Lima Tahun (PS5T) PDRM untuk tempoh 2011 hingga 2015 yang akan dilancarkan pada 25 Mac 2011 bersempena Peringatan Hari Polis Ke-204 tahun, kesinambungan kepada perancangan strategik PS5T sedia ada yang akan tamat pada bulan April 2011 ini.

 

Untuk membawa lonjakan kepada aktiviti dan inisiatif yang telah direncanakan, beliau mengenengahkan model 4P iaitu budaya kerja cemerlang yang perlu menjadi amalan pegawai dan anggota PDRM dalam melaksanakan tugas seharian. 4P tersebut adalah:

 

  • Menjadi pelindung kepada masyarakat di mana pemguatkuasaan dijalankan dengan berlandaskan undang-undang dengan beretingkah laku tidak menerima rasuah, tidak menyalah guna kuasa dan mematuhi hak asasi manusia.
  • Kedua adalah proaktif iaitu bertindak segera memberi perkhidmatan kepada masyarakat menepati keperluan dan kehendak mereka dan mengambil tindakan secara kreatif untuk membantu masyarakat. Ini dapat dicapai dengan mematuhi piagam pelanggan;
  • Ketiga adalah perkhidmatan berorientasikan masyarakat di mana semua peringkat pemimpin dikehendaki melibatkan masyarakat dalam aktiviti kepolisan khususnya dalam aktiviti Community Policing dan menjalankan tanggungjawab sosial korporat atau CSR (Corporat Sicial Responsibility) dan
  • Keempat adalah pencapaian dan keberhasilan dengan menentukan pelaksanaan tugas mempunyai sasaran dan hala tuju bagi mengukur pencapaian dan keberhasilan.

 

Pada masa yang sama juga, beliau telah menetapkan program-program bagi dilaksanakan secara berterusan dalam tahun 2011 dan inisiatif-inisiatif ini perlu dijalankan untuk mempertingkatkan pematuhan dan mengurangkan salah laku sebagai usaha pemantapan integeriti. Ini termasuklah:

 

  • NKRA- Anti Rasuah Dan Jenayah
  • Latihan dan Pendidikan Integriti
  • Memperkasa ICT
  • CCTV/ Video Cam di tempat strategik
  • Proses kerja
  • Penyiasatan yang efektif
  • Membudayakan iniovasi
  • Mengimarahkan masjid dan tempat ibadat
  • SUKSIS dan Warisan Sejarah PDRM; dan
  • Kebajikan

 

"Saya akan cuba sedaya upaya untuk memimpin dan memandu warga kerja PDRM ke arah mencapai Negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020", akhiri taklimat oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Di majlis ini juga, diadakan upacara menandatangani Usaha sama Integriti Polis Diraja Malaysia dengan Institut Integriti Malaysia dan Arkib Negara Malaysia di Auditorium IIM, Tingkat 2, Menara Integriti.

Majlis ini telah dihadiri oleh Y.Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia, Y.Bhg Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia, Y.Bhg. Hajah Shamsiah binti Mohamad, Ketua Pengarah Arkib Negara, Y.Bhg Dato' Sri Kamaruddin bin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ketua YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, barisan Ahli Lembaga Pengarah IIM, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Hala Tuju Dan Tekad Integriti Pdrm
Ketibaan
Y.Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara disambut oleh YDH Ketua Polis negara bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah PDRM.

Hala Tuju Dan Tekad Integriti Pdrm
Bertukar dokumen...U
saha sama Integriti Polis Diraja Malaysia dengan Institut Integriti Malaysia

Hala Tuju Dan Tekad Integriti Pdrm
dari kiri...Y.Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YDH Ketua Polis Negara,
Y.Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara, Y.Bhg Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia, Y.Bhg Dato' Sri Kamaruddin bin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Y.Bhg. Hajah Shamsiah binti Mohamad, Ketua Pengarah Arkib Negara


Hala Tuju Dan Tekad Integriti Pdrm
Sesi Bergambar...

Wartawan  : Konst Norliza binti Basrah
Jurufoto     : L/Kpl Fansus bin Jangor
Penyunting  : Sjn Zaiddin bin Dahalan

 

 
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM