Pelajar Antara Ditahan Curi Kereta
Kota
Bahru - 11 Jun 2009. Seorang pelajar antara empat yang ditahan polis
awal pagi semalam ketika sedang asyik meleraikan sebuah kereta Proton
Wira yang dipercayai dicuri.
Ketua
Polis Daerah Kota Bahru, ACP Zahruddin bin Abdullah berkata, pelajar
berusia 18 tahun itu ditahan dalam serbuan di tiga buah rumah berasingan
di Lorong Pak Muda Hamzah, Jalan Kuala Krai pada pukul 6.30 pagi. Turut
ditahan ialah tiga mekanik berusia 33 dan 43 tahun yang bergiat aktif
menjalankan aktiviti meleraikan kereta yang dicuri di sekitar bandar
ini.
Hasil
pemeriksaan polis mendapati sebuah rumah itu dijadikan setor menyimpan
komponen kereta seperti pintu, but, lampu dan alat ganti untuk dijual.
Kawasan itu juga dijadikan tempat melupuskan wayar dan komponen yang
rosak untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.