Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelajar Antara Ditahan Curi Kereta

Published: 13 Jun 2014 1.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pelajar berusia 18 tahun itu ditahan dalam serbuan di tiga buah rumah berasingan di Lorong Pak Muda Hamzah,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-antara-ditahan-curi-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:51 MYT

Kota Bahru - 11 Jun 2009. Seorang pelajar antara empat yang ditahan polis awal pagi semalam ketika sedang asyik meleraikan sebuah kereta Proton Wira yang dipercayai dicuri.

Ketua Polis Daerah Kota Bahru, ACP Zahruddin bin Abdullah berkata, pelajar berusia 18 tahun itu ditahan dalam serbuan di tiga buah rumah berasingan di Lorong Pak Muda Hamzah, Jalan Kuala Krai pada pukul 6.30 pagi. Turut ditahan ialah tiga mekanik berusia 33 dan 43 tahun yang bergiat aktif menjalankan aktiviti meleraikan kereta yang dicuri di sekitar bandar ini.

Hasil pemeriksaan polis mendapati sebuah rumah itu dijadikan setor menyimpan komponen kereta seperti pintu, but, lampu dan alat ganti untuk dijual. Kawasan itu juga dijadikan tempat melupuskan wayar dan komponen yang rosak untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM