Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelacur Asing Dakwa Ditipu Sindiket

Published: 18 Jun 2014 6.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
KUALA LUMPUR: Penderitaan 35 wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti persundalan selepas ditipu oleh satu sindiket pelacuran berakhir apabila kesemuanya diselamatkan Ops Pintas yang dilakukan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelacur-asing-dakwa-ditipu-sindiket
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:23 MYT

KUALA LUMPUR: Penderitaan 35 wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti persundalan selepas ditipu oleh satu sindiket pelacuran berakhir apabila kesemuanya diselamatkan Ops Pintas yang dilakukan oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP), dengan dibantu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Sentul dan Dang Wangi di dalam serbuan di tiga rumah urut di Jalan Langkawi, Setapak di sini kelmarin.

Kesemua mangsa yang merupakan 12 wanita Thailand, Filipina (10), China (10) dan Vietnam (3) dipaksa menjual diri mereka kononnya untuk melangsaikan hutang berhubung kos perjalanan mereka yang telah ditanggung sindiket.

Pelacur Asing Dakwa Ditipu Sindiket
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM