Didapati Berada Di Bawah Pengaruh Alkohol
Kuantan
- Tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang ditahan
polis, malam kelmarin kerana melakukan khianat ke atas kenderaan awam
termasuk sebuah kereta peronda polis di Teluk Chempedak berada di bawah
pengaruh alkohol.
Timbalan
KPD Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, tiga lelaki berusia 16
hingga 23 tahun itu dipercayai mabuk ketika menyembur buih pada kereta
yang melalui kawasan berkenaan pada malam sambutan Hari Natal
menyebabkan orang ramai menghubungi polis.
"Mereka
ditahan reman sehingga Sabtu ini dan polis sedang mengesan beberapa
lagi remaja yang turut terbabit perbuatan itu," katanya yang dihubungi,
semalam.

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro