Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pekerja Swasta Diberkas Bersama Dadah Bernilai Rm35 000 Di Kemaman

Published: 17 Mar 2017 12.45 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seorang pekerja swasta dan merampas sejumlah dadah bernilai hampir RM35,000 di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pekerja-swasta-diberkas-bersama-dadah-bernilai-rm35-000-di-kemaman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:18 MYT

Kemaman, 14 Mac 2017 - Polis menahan seorang pekerja swasta dan merampas sejumlah dadah bernilai hampir RM35,000 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata lelaki yang berumur 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kuang.

Katanya hasil pemeriksaan, pihak polis menemui 1,070 biji pil Eramin 5 dan satu plastik yang mengandungi serbuk dan ketulan dipercayai dadah jenis heroin dianggarkan seberat 225 gram.

"Kesemua dadah tersebut disorokkan di dalam sebuah beg berwarna hitam yang diletakkan di dalam bilik tidurnya," katanya dalam satu sidang media di sini,
hari ini.

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM13,280 disyaki hasil jualan dadah dan polis percaya suspek aktif dalam kegiatan pengedaran sejak enam bulan lalu.

Tambah Mohd Said, dadah tersebut diperoleh dari Kuala Lumpur untuk diedarkan di sekitar Kemaman dan Dungun.

"Kita tidak menolak kemungkinan kesemua dadah itu dibekalkan kepada penagih di kawasan setempat," katanya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.
- BERNAMA

ArticlePublished 17 Mar 2017 12.45 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM