Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Doktor Gigi Direman Cabul Lima Pelajar

Diterbitkan: 18 Mar 2017 1.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang doktor gigi ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul sekurang-kurangnya lima pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/doktor-gigi-direman-cabul-lima-pelajar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:35 MYT

TAWAU, 18 Mac - Seorang doktor gigi ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul sekurang-kurangnya lima pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini.

Suspek lelaki itu disyaki melakukan perbuatan itu ketika pelajar mendapatkan rawatan pergigian di klinik sekolah berkenaan.

Ketua Polis Tawau, ACP Fadil Marsus, berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada pukul 2.30 petang semalam ketika dipercayai cuba berlepas ke Kuala Lumpur.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

"Saya mengesahkan menerima laporan kes cabul membabitkan doktor gigi itu dan kita akan siasat secepat mungkin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Petang semalam, lima keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa anak perempuan mereka dicabul seorang doktor gigi ketika sedang mendapatkan rawatan di klinik gigi sekolah mereka.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Mar 2017 1.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM