Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Peguam Negara Amerika Syarikat Temui Ketua Polis Negara

Published: 12 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia itu, Eric H.Holder Jr. turut mengadakan kunjung hormat ke atas Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Jabatan Perdana Menteri..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peguam-negara-amerika-syarikat-temui-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:24 MYT

Kuala Lumpur, 18 Julai 2012 - Mr. Eric H. Holder Jr, Peguam Negara Amerika Syarikat, hari ini mengambil kesempatan melakukan kunjung hormat ke atas YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur.


Pada pertemuan singkat itu, YDH Tan Sri Dato Seri Haji ismail dan Mr.Eric H. Holder Jr, berbincang tentang peranan masing-masing dalam membawa kerjasama yang lebih erat untuk memerangi kegiatan jenayah merentasi sempadan.



Turut hadir pada pertemuan itu ialah Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan CP Dato' Seri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism).


Dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia itu, Eric H.Holder Jr. turut mengadakan kunjung hormat ke atas Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.


Di samping itu satu Memorandum Persefahaman Bersama (MoU), telah dipersetujui antara Washington dan Malaysia. MoU itu ditandatangani oleh Eric H.Holder Jr dengan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.


MoU itu mencakupi beberapa aspek termasuk anti pengganas, pemerdagangan dan penyeludupan manusia, jenayah siber dan rasuah serta pengubahan wang haram.


Sekitar Kunjung Hormat
Peguam Negara Amerika Syarikat Temui Ketua Polis Negara
Peguam Negara Amerika Syarikat Temui Ketua Polis Negara
Peguam Negara Amerika Syarikat Temui Ketua Polis Negara

Peguam Negara Amerika Syarikat Temui Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar bersama Mr.Eric H. Holder Jr


Teks : S/Insp. Megat Nizar
Foto : Konst. Mohd Iqbal Nasruddin

ArticlePublished 12 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM