Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.31 PM
Antara lain yang dikongsikan para Mahasiswa dan Mahasiswi adalah maklumat ringkas susunan organisasi PDRM, penerangan ringkas mengenai bidang penugasan setiap jabatan di dalam PDRM, susunan kedudukan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-tahun-akhir-um-bersama-program-motivasi-kerjaya-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:35 MYT

Kuala Lumpur - 18 Julai 2012

Pegawai Kanan Polis dari Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) diketuai oleh YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf telah menghadiri satu Program Motivasi Kerjaya Polis Diraja Malaysia anjuran Universiti Malaya, pagi ini di Dewan Ceramah B, Fakulti Sains Sosial dan Sastera. Program ini membawa mesej berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai ciri-ciri organisasi badan penjaga kententeraman awam itu.

Taklimat dikendalikan oleh ASP Foo Chek Seng, ASP Pusat Media, Bukit Aman membawa ceramah mengenai susunan organisasi PDRM, bidang penugasan setiap jabatan di dalam PDRM, susunan kedudukan pangkat, kelayakan kerjaya polis serta tanggungjawab polis tugas dan fungi PDRM.

Selain itu, turut dikongsi adalah mengenai maklumat dan isi kandungan laman portal rasmi PDRM, platform utama penyampaian maklumat yang cepat dan sahih melalui Facebook rasmi PDRM dan Twitter PDRM serta You Tube PDRM yang memaparkan isu-isu kententeraman awam berlaku dalam negara. Taklimat dikendalikan oleh DSP Lai Lee Ching, Ketua Unit Portal dan Facebook PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman.

Program Motivasi sambil belajar ini terdiri dihadiri oleh Y.Bhg Professor Datuk Dr. Rizuan bin Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Y.Bhg Professor Madya Dr. Hamizah binti Idris, Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Y.Bhg Zurina binti Syed Othman, DSP Venugopal A/L Navaretnam, Pegawai Unit Penerbitan dan Pelajar Tahun Akhir Universiti Malaya.

Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
ASP Foo Chek Seng... Seronok menjadi polis

Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
DSP Lai Lee Ching, Pegawai Unit Portal dan Facebook PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman

Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Antara yang hadir

Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Kami berminat menjadi polis...

Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Pelajar Tahun Akhir Um Bersama Program Motivasi Kerjaya Pdrm
Sesi soal jawab

Penyampaian Cenderahati Kenangan

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.31 PM