Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrmtolakrasuah Posting Pilihan Setinggi Tinggi Ucapan Syabas Dan Tahniah Buat Empat Prp Dari Ipd Subang Jaya Dan Ipd Sepang Kerana Tolak Rasuah

Diterbitkan: 19 Jun 2023 2.00 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.25 PM
Syabas dan tahniah diucapkan kepada empat pegawai rendah polis (PRP) daripada Ibu Pejabat POLIS DAERAH (IPD) Subang Jaya dan IPD Sepang kerana menolak rasuah daripada suspek yang cuba 'membeli' pihak polis untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-posting-pilihan-setinggi-tinggi-ucapan-syabas-dan-tahniah-buat-empat-prp-dari-ipd-subang-jaya-dan-ipd-sepang-kerana-tolak-rasuah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:15 MYT
Pdrmtolakrasuah Posting Pilihan Setinggi Tinggi Ucapan Syabas Dan Tahniah Buat Empat Prp Dari Ipd Subang Jaya Dan Ipd Sepang Kerana Tolak Rasuah
Laman Utama / Artikel / Pdrmtolakrasuah Posting Pilihan Setinggi Tinggi Ucapan Syabas Dan Tahniah Buat Empat Prp Dari Ipd Subang Jaya Dan Ipd Sepang Kerana Tolak Rasuah
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pdrmtolakrasuah Posting Pilihan Setinggi Tinggi Ucapan Syabas Dan Tahniah Buat Empat Prp Dari Ipd Subang Jaya Dan Ipd Sepang Kerana Tolak Rasuah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada empat pegawai rendah polis (PRP) daripada Ibu Pejabat POLIS DAERAH (IPD) Subang Jaya dan IPD Sepang kerana menolak rasuah d...
Syabas dan tahniah diucapkan kepada empat pegawai rendah polis (PRP) daripada Ibu Pejabat POLIS DAERAH (IPD) Subang Jaya dan IPD Sepang kerana menolak rasuah daripada suspek yang cuba 'membeli' pihak polis untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan.

Koperal Siva Subramaniam Pathiban dan Koperal Hamirul Hafiz Misbah dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Subang Jaya telah menolak sogokan suspek ketika melakukan tugas rondaan bermotosikal atas kesalahan trafik pada 14 Jun lalu.

Manakala Lans Koperal Ahmad Fadzil Mohd Jamal dan Konstabel Sokongan Mohamad Nazrin Mohamad Zain dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Sepang pula telah menolak cubaan rasuah atas kesalahan memiliki dadah semasa menjalankan pemeriksaan pada 8 Jun.

Sikap jujur dan amanah yang ditonjolkan membuktikan betapa tingginya nilai integriti dalam diri warga Pasukan ketika menjalankan tugas seharian. Syabas dan tahniah kepada semua yang berjaya menolak rasuah.

Anda kebanggaan kami!

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#19062023
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2023 2.00 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.25 PM