Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdipt 2023 Peta Laluan Ltdipt 2023 Peringkat 4

Diterbitkan: 19 Jun 2023 1.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) buat julung kalinya menganjurkan Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 yang akan berlangsung mulai 17 hingga 20 Jun 2023 dengan melalui beberapa laluan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdipt-2023-peta-laluan-ltdipt-2023-peringkat-4
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:37 MYT
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) buat julung kalinya menganjurkan Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 yang akan berlangsung mulai 17 hingga 20 Jun 2023 dengan melalui beberapa laluan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.

Peringkat 4: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi (90.3km)

Tarikh: 20/06/2023 (Selasa)

Lokasi Pelepasan: Universiti Tenaga Nasional, Bangi

Masa Pelepasan: 9.00 pagi

Lokasi Penamat: Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui:-

Dewan Seri Sarjana UNITEN – Persiaran MADANI – Jln Ikram/Uniten – Jln Ayer Hitam – Jln P141 (Presint 14) – Jln P14 – Lebuh Perdana Timur – Persiaran Timur – Desa Pinggiran Putra – Persiaran Timur – Persiaran Utara – L/Raya Purtajaya/Cyberjaya – Lebuh Sentosa – Persiaran Perdana - Lebuh Gemilang – Jln P5 (MOTAC) – KPT – Terowong – Jln P5a/1 – Jln P5 – Lebuh Gemilang – Persiaran Selatan - Persiaran Timur – Persiaran Utara – L/Raya Purtajaya/Cyberjaya – Lebuh Sentosa – Persiaran Perdana - Lebuh Gemilang – Jln P5 (MOTAC) – KPT (2 Pusingan).

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web LTdIPT 2023 di https://ltdipt.utem.edu.my

#ltdipt2023
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#19062023

May be an image of text that says 'JSPT STAGE 4 PERINGKAT KEEMPAT :20.06.2023 (SELASA) MASA PELEPASAN :0900 HRS LOKASI PERMULAAN :UNITEN, BANGI JARAK PERLU
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2023 1.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM