Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Cuba Rasuah Polis Rm8o Ribu Untuk Lepas

Published: 15 Apr 2022 4.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka berusia antara 24 hingga 46 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-cuba-rasuah-polis-rm8o-ribu-untuk-lepas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
Kuantan, 15 April 2022 - Pasangan suami isteri antara lima ahli Geng Belly ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dan cubaan rasuah di sekitar daerah ini pada 12 dan 13 April lalu.

Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka berusia antara 24 hingga 46 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin.

Menurutnya, empat individu termasuk dua wanita berusia 24 hingga 42 tahun terbabit ditahan selepas disyaki menjadi ahli sindiket pengedaran dadah jenis Heroin, Syabu dan pil Yaba dalam empat serbuan awal.

"Hasil serbuan itu, polis merampas dadah berjumlah RM40.693.49 iaitu Heroin seberat 1,979.20 gram bernilai RM26,522.49, Syabu seberat 126.71 gram bernilai RM12,671 dan pil Yaba seberat 11 gram bernilai RM 1,500.

"Sebuah kereta Honda Accord bernilai RM40,000 dan motosikal Yamaha Y125ZR bernilai RM9,000 disita.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM89,693.49.

"Ujian air kencing mendapati empat suspek terbabit positif dadah jenis Methamphetamine," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and people standing
ArticlePublished 15 Apr 2022 4.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM