Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 1 509 Kanak Kanak Dan Remaja Bawah Umur 18 Tahun Dilaporkan Hilang Sejak Dua Tahun Lalu Pengarah Jsj

Diterbitkan: 15 Apr 2022 2.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan berkata, sebanyak 1,509 kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dalam tempoh sama di seluruh negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-1-509-kanak-kanak-dan-remaja-bawah-umur-18-tahun-dilaporkan-hilang-sejak-dua-tahun-lalu-pengarah-jsj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:08 MYT
Keratan Akhbar Pilihan 1 509 Kanak Kanak Dan Remaja Bawah Umur 18 Tahun Dilaporkan Hilang Sejak Dua Tahun Lalu Pengarah Jsj
Laman Utama / Artikel / Keratan Akhbar Pilihan 1 509 Kanak Kanak Dan Remaja Bawah Umur 18 Tahun Dilaporkan Hilang Sejak Dua Tahun Lalu Pengarah Jsj
Kembali ke Pustaka
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 1 509 Kanak Kanak Dan Remaja Bawah Umur 18 Tahun Dilaporkan Hilang Sejak Dua Tahun Lalu Pengarah Jsj

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan berkata, sebanyak 1,509 kanak-kanak dan remaja berusia...
Petaling Jaya, 15 April 2022 - Tidak semua kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarga dalam tempoh dua tahun dari 2020 sehingga Februari lalu mempunyai nasib yang baik.

Hal ini kerana, daripada 1,424 orang yang berjaya ditemukan semula oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada kalangan mereka ditemukan dalam keadaan selamat selain ada yang sudah tidak bernyawa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan berkata, sebanyak 1,509 kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dalam tempoh sama di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 1,424 orang ditemukan semula manakala 85 lagi masih hilang.

Kata beliau, kebanyakan kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang tidak semuanya ditemukan selamat.

"Ada kes yang dilaporkan kita terpaksa buka kertas siasatan selain ada juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Ini kerana, ada kes hanya menemukan jasad mangsa selepas mereka terlibat dalam kemalangan. Seperti lemas selepas terjatuh di dalam longkang atau sungai ketika bermain," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Online seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says '1,424 kanak- remaja ditemukan semula, 85 masih hilang 1,509 hilang sejak dua tahun lalu HADZMAN JAYA: semua
ArtikelDiterbitkan 15 Apr 2022 2.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM