Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Tingkat Sistem Pengurusan Sasar Perkhidmatan Terbaik

Published: 07 Jun 2017 6.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar mengetuai Mesyuarat MKSP SPK ISO 9001:2008 PDRM BIL 1/ 2017 yang diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-tingkat-sistem-pengurusan-sasar-perkhidmatan-terbaik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:43 MYT

Kuala Lumpur, 7 Jun 2017 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar mengetuai Mesyuarat MKSP SPK ISO 9001:2008 PDRM BIL 1/ 2017 yang diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya menekankan bahawa proses penambahbaikan serta peningkatan kualiti mutu kerja adalah merupakan proses yang berterusan bagi mengekalkan keunggulan dan daya saing sesebuah organisasi.

"Keputusan PDRM untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 adalah bertujuan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada stakeholders kita, khususnya masyarakat dalam usaha mencapai tahap world class policing.

"Pelaksanaan ISO 9001 juga mampu mencerminkan kualiti kepimpinan dan komitmen pegawai atasan dalam sebuah organisasi sejajar dengan dasar inovasi PDRM iaitu terus komited untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan melaui transformasi sistem penyampaian yang lebih inovatif," ujar beliau lagi.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Sri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Dato’ Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan pegawai-pegawai kanan serta warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pdrm Tingkat Sistem Pengurusan Sasar Perkhidmatan TerbaikSekitar Mesyuarat MKSP SPK ISO 9001:2008 PDRM BIL1/2017 berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi

ArticlePublished 07 Jun 2017 6.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM