Artikel
Sting Rampas Kokain Bernilai Rm1 2 Juta
Kuala Lumpur, 7 Jun 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan elemen Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING), berjaya menahan seoran...
Kuala Lumpur, 7 Jun 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan elemen Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING), berjaya menahan seorang lelaki wargenegara Argentina serta merampas 4.8 kilogram dadah jenis Kokain bernilai RM1.2 juta dalam satu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini, petang semalam.
Siasatan awal polis mendapati, lelaki warga asing itu dipercayai diupah menjadi keldai dadah oleh sindiket antarabangsa untuk membawa kokain dari Brazil sebelum ianya diedarkan di negara-negara lain.
Bercakap pada sidang media kejayaan JSJN yang diadakan di Bukit Aman, pagi tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menjelaskan, kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat dan risikan dengan Sao Paulo Airport Police Brazil.
Suspek direman selama tujuh (7) hari sehingga 12 Jun ini untuk siasatan lanjut disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam pada itu, Dato' Sri Mohd Mokhtar juga menegaskan bahawa PDRM akan sentiasa menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan sindiket antarabangsa yang menggunakan khidmat keldai dadah.
Antara dadah yang dirampas.
Bagasi yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan bagaimana dadah disembunyikan di dalam bagasi.