Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Tidak Berat Sebelah Babit Pemimpin Parti Politik

Published: 12 Jun 2014 3.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Ingin saya tegaskan di sini Polis Diraja Malaysia sentiasa bersikap professional dan akan menyiasat kes-kes yang dilaporkan tanpa mengambil kira latar belakang mana-mana pihak', ujar YDH CP Datuk Ser..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-tidak-berat-sebelah-babit-pemimpin-parti-politik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:37 MYT

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan


BUKIT AMAN, 12 September - Polis kini meminta tiga pemuda untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan berhubung kes membuang air kecil (kencing) di atas gambar pemimpin pembangkang seperti yang dipaparkan di dalam gambar.

Di dalam sidang media di Bukit Aman hari ini, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menyeru kepada saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut supaya tampil dan membantu pihak polis supaya siasatan dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat.

Semenjak tahun 2009, sebanyak 10 kes telah dilaporkan membabitkan kesalahan membakar, memijak gambar pemimpin pembangkang, meyerang bas pakatan serta kencing gambar pemimpin pembangkang dan pihak polis telah menjalankan siasatan sebaik saja ianya telah dilaporkan.

Ini membuktikan PDRM tidak bersikap berat sebelah yang hanya bersungguh-sungguh melakukan siasatan ke atas kesalahan yang membabitkan pemimpin kerajaan tetapi memperlekehkan siasatan yang membabitkan pemimpin parti pembangkang.

"
Ingin saya tegaskan di sini Polis Diraja Malaysia sentiasa bersikap professional dan akan menyiasat kes-kes yang dilaporkan tanpa mengambil kira latar belakang mana-mana pihak", ujar YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Pdrm Tidak Berat Sebelah Babit Pemimpin Parti Politik
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM

Pdrm Tidak Berat Sebelah Babit Pemimpin Parti Politik
Antara Pegawai Kanan Polis dan Wartawan yang hadir

Pdrm Tidak Berat Sebelah Babit Pemimpin Parti Politik
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menunjukkan gambar bukti

Pdrm Tidak Berat Sebelah Babit Pemimpin Parti Politik
Pdrm Tidak Berat Sebelah Babit Pemimpin Parti Politik
Pdrm Tidak Berat Sebelah Babit Pemimpin Parti Politik

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM