Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Terus Unggul Di Kejohanan World Police And Fire Games

Diterbitkan: 22 Apr 2016 4.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 21 April – Usaha atlet-atlet kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mencatatkan prestasi unggul apabila meletakkan pasukan tangga di ke-12 dari 62 buah negara dalam Kejohanan ‘World Police And Fire Games’ di Amerika Syarikat tahun lepas sekaligus kejayaan itu antara yang dirai dalam Malam Anugerah Sukan PDRM 2015 yang berlangsung di Dewan Bankuet PULAPOL, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terus-unggul-di-kejohanan-world-police-and-fire-games
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:54 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Arisanti binti Aziz


Kuala Lumpur, 21 April – Usaha atlet-atlet kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mencatatkan prestasi unggul apabila meletakkan pasukan tangga di ke-12 dari 62 buah negara dalam Kejohanan ‘World Police And Fire Games’ di Amerika Syarikat tahun lepas sekaligus kejayaan itu antara yang dirai dalam Malam Anugerah Sukan PDRM 2015 yang berlangsung di Dewan Bankuet PULAPOL, di sini, semalam.

Berucap di dalam majlis perasmian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil dari kejayaan itu, PDRM telah berjaya membawa pulang 32 pingat emas, 25 perak dan 17 gangsa.

Katanya lagi, majlis penghargaan tersebut turut diberikan kepada pengelola serta pengurus pasukan para atlet yang turut membantu menaikkan nama PDRM serta mengharumkan nama negara dalam arena sukan negara.

Penglibatan atlet PDRM seperti Lans Koperal Sokongan Mohd Fauzan Ahmad Lutfi dan Konstable Nurulshuhada Zainal antara menyumbangkan pingat emas serta gangsa dalam acara berbasikal di kejohanan Sukan Sea 2015 berlangsung di Singapura.

Turut mencapai kejayaan adalah Lans Koperal Emma Firyana Saroji yang memenangi pingat emas dalam sukan boling padang pada kejohanan ‘Champion Of The Champion Gold Cost Australia’, Sarjan Mejar Nor Piza Hassan dan Lans Koperal Mohd Amirul Izwan Yaacob yang masing-masing menerima Anugerah Wisel Emas atas pencapaian mengadili 100 perlawanan hoki antarabangsa serta Pengadil Terbaik ASEAN dalam Majlis Anugerah Asean Football (AFF) Night 2015.

“Dalam ghairah mencari kemenangan, para atlet diingatkan supaya sentiasa menjauhi perkara-perkara memudaratkan diri sendiri. Terapkan integriti dan semangat kesukanan dalam diri masing-masing agar kejayaan yang diperoleh lebih bermakna”, ujar Ketua Polis Negara.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Setiausaha Kehormat Majlis Kebajikan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia, Encik Ahmad Faedzal Mat Ramli.

_MG_3193
Olahragawan dan Olahragawati PDRM 2015 bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

ArtikelDiterbitkan 22 Apr 2016 4.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM