Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Terima Empat Buah Perodua Axia

Published: 10 Feb 2016 5.13 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Kuala Lumpur, 10 Feb – Syarikat Perodua Sales Sdn. Bhd. telah menyerahkan empat buah Perodua Axia kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu Majlis Sempena Penyerahan Kunci Kenderaan Pasukan Perodua Axia yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terima-empat-buah-perodua-axia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:28 MYT
Kuala Lumpur, 10 Feb – Syarikat Perodua Sales Sdn. Bhd. telah menyerahkan empat buah Perodua Axia kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu Majlis Sempena Penyerahan Kunci Kenderaan Pasukan Perodua Axia yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Dr. Zahari Husin dengan menyerahkan replika kunci Perodua Axia kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar.

Tujuan penyerahan kenderaan ini adalah untuk kegunaan PDRM bagi penugasan rondaan di komuniti penempatan dan kawasan perumahan.

Dua buah kenderaan tersebut akan ditempatkan di Balai Polis Brickfield dan Taman Tun Dr. Ismail (T.T.D.I) manakala 2 buah lagi adalah bagi kegunaan AMANITA di IPK Kuala Lumpur dan Selangor.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Timbalan Pengarah 1 Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi PDRM (StaRT), Dato’ Aidi Ismail.

_MG_4210 copy
Dr. Zahari Husin menyerahkan replika kunci kereta Perodua Axia kepada Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar.

_MG_4221 copy
Dr. Zahari Husin menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar. 

_MG_4120 copy
Kereta Perodua Axia yang diserahkan kepada PDRM.

_MG_4305 copy
Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar bersama Dr. Zahari Husin semasa di dalam kereta Perodua Axia.

_MG_4338 copy
Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar ketika memeriksa kelengkapan PDRM kereta Perodua Axia.
ArticlePublished 10 Feb 2016 5.13 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM