Op Selamat Pdrm Dan Konsesi Lebuhraya Jalin Usahasama
Puchong, 5 Feb- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Persatuan-Persatuan Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan Syarikat Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 8/2016, bersempena perayaan Tahun Baharu Cina di Plaza tol Petaling Jaya, Lebuhraya Damansara Pucong (LDP), petang tadi.
Objektif utama penganjuran program usahasama ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat yang pulang menyambut perayaan di kampung halaman tentang betapa petingnya keselamatan jalan raya berikutan peningkatan pengguna lebuhraya yang melebihi 30% berbanding pada hari biasa.
Pengguna jalan raya turut disaran untuk mematuhi arahan dari pihak berkuasa, memandu secara berhemah dan peka dengan maklumat dari pihak konsesi dari masa ke semasa berkenaan arahan terkini, amaran sekiranya berlaku kesesakan kritikal dan destinasi yang hendak dituju.
Hadir menjayakan kempen tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam, CP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir Ismail Md Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor, DCP Dato' Mohd Adnan Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Kensesi Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Zainuddin A.Kadir, Ketua Trafik Pasukan, SAC Mahamad Akhir Darus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK, Sazally Saidi, wakil-wakil dari konsesi lebuhraya, rakan-rakan media, para pegawai kanan dan anggota PDRM.
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim,
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim,memberi "goodies" kepada pengguna jalan raya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim,memberi "goodies" kepada penunggang motosikal
Penyampaian cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Negara
Bergambar kenangan