Putrajaya , 31 Mei 2011 - Sinergi bersama PDRM dengan Angkatan Tentera Malaysia telah mendapat pengiktirafan Sektor Awam apabila berjaya merangkul Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) Tahun 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini.
Anugerah sektor awam yang terunggul dan berprestij ini merupakan pengiktirafan kepada penghasilan inovasi yang signifikan, dan memberi impak yang tinggi kepada ekonomi negara.
Polis Diraja Malaysia bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia telah dipilih berdasarkan inisiatif kerjasama strategik di dalam memperkasa sektor keselamatan negara. Pelaksanaan inisiatif kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia adalah merupakan satu inisiatif yang unik dengan pendekatan yang luar dari kebiasaan.
Kini, polis dan tentera menjalankan tugas menjaga keselamatan negara secara berganding bahu dan kerjasama ini memberikan faedah yang nyata kepada negara, selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Anugerah ini bukan sahaja menjadi satu pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat di antara Polis Diraja Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia, malah kolaborasi sama boleh diperluaskan kepada lain-lain kementerian dan agensi kerajaan dalam usaha ke arah pencapaian prestasi cemerlang.

Ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..

Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri..

Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri..

Nyanyian lagu Negaraku..

Ucapan alu-aluan daripada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara..

Ucapan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia..

Upacara penyampaian trofi Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 oleh YAB Perdana Menteri..

Upacara penyampaian sijil dan replika cek Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 oleh YAB Perdana Menteri..

Juara Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 Inisiatf "Kerjasama Strategik PDRM-ATM"..

YDH Ketua Polis Negara bergambar bersama Ketua Pengarah MAMPU, YB Menteri Dalam Negeri, Panglima Angkatan Tentera dan YB Menteri Pertahanan..

Sesi wawancara bersama pihak media selepas majlis berakhir..
Wartawan : Konst Irfan Bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Mohd Helmi Bin Saadin
Penyunting : Insp Md Aruwan B. Md Amilah
ArticlePublished 11 Jun 2014 4.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM