Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Terajui Nur Alert

Published: 10 Jun 2014 9.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan agar PDRM menerajui NUR Alert dengan wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bertindak sebagai Naib Pengerusi Pasukan Petugas NUR Alert...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terajui-nur-alert
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:08 MYT

27 Januari, 2011 - Bukit Aman. Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan agar PDRM menerajui NUR Alert dengan wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bertindak sebagai Naib Pengerusi Pasukan Petugas NUR Alert.

Sehubungan itu, Mesyuarat Penyelarasan Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-Kanak NUR Alert telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Bin Haji Ismail. Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh ahli Pasukan Petugas NUR Alert yang terdiri daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM wakil-wakil daripada Kementerian, Jabatan, Agensi Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.

Latar Belakang
Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-Kanak adalah inisiatif dan usaha YBhg Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Sistem ini merupakan salah satu inisiatif utama yang digariskan dalam Dasar dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Negara yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 29 Julai 2009.

Ekoran itu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telahpun mempengerusikannya dan pasukan petugas Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-Kanak ini atau NUR Alert (National Urgent Response Alert) telah ditubuhkan.

Fungsi NUR Alert ini ialah untuk menyebarkan maklumat mengenai kanak-kanak hilang yang berumur 12 tahun ke bawah yang tidak melibatkan kes tebusan, ugutan atau ancaman bunuh.

Pada bulan Julai 2010 satu pilot study selama 2 minggu telah dilaksanakan dengan penghebahan kehilangan adik Nisha pada 28 Julai sehingga 11 Ogos 2010. Kemudian kes pertama yang menggunakan sistem ini ialah kes kehilangan adik Lee Xin Ru pada 21 September 2010.

Mekanisme NUR Alert seperti berikut:
PDRM akan memulakan siasatan awal bagi mendapatkan maklumat terperinci sebaik sahaja menerima laporan mengenai kes kehilangan kanak-kanak.
Hebahan kepada semua Ahli Pasukan Petugas akan dibuat dalam tempoh 24 jam sekiranya kanak-kanak yang hilang berumur 12 tahun ke bawah dan kehilangan kanak-kanak tidak melibatkan: tebusan, ugutan atau ancaman bunuh.
Penyebaran akan dibuat setelah persetujuan diperolehi oleh ibubapa atau penjaga sah kanak-kanak tersebut.
Tempoh hebahan adalah selama 7 hari (minima) dan 4 minggu (maksimun) sekiranya kanak-kanak tersebut masih belum dijumpai.
PDRM akan memaklumkan kepada semua Ahli Pasukan Petugas untuk memberhentikan hebahan sebaik sahaja kanak kanak tersebut dijumpai.
Sekiranya kanak-kanak tersebut masih belum dijumpai PDRM akan meneruskan pemantauan dengan membuat lawatan ke rumah pengadu.

Medium Hebahan
Melalui mesyuarat tersebut juga, medium hebahan berita kehilangan kanak-kanak ini diputuskan dengan menggunakan Laman Web Rasmi PDRM, Facebook Rasmi PDRM, pengedaran poster-poster, makluman di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), media cetak dan elektronik, papan elektronik (electronic board) dan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau sistem pesanan bergambar (MMS).

Pdrm Terajui Nur Alert
Mesyuarat Penyelarasan Sistem Amaran Awal Kanak-Kanak Hilang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin B Hj Ismail.

Pdrm Terajui Nur Alert
Ahli-ahli mesyuarat yang terdiri PDRM, wakil daripada Kementerian, jabatan, Agensi Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.

Pdrm Terajui Nur Alert
Antara ahli-ahli mesyuarat...

Pdrm Terajui Nur Alert
Antara ahli-ahli mesyuarat...

Sumber Berita & Gambar: Bahagian D11, JSJ
Suntingan: C/Insp Norsuzila Kamaruldin

ArticlePublished 10 Jun 2014 9.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM