Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Siap Siaga Hadapi Sebarang Krisis

Diterbitkan: 09 Oct 2017 2.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Semenyih, 9 Oktober 2017 – Mengambil kira peranan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga kesejahteraan negara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman telah mengadakan Kursus Pengurusan Krisis dan Kursus Rundingan Krisis Bil 1/2017 bertempat di Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM), Cheras, Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-siap-siaga-hadapi-sebarang-krisis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:54 MYT

PDRM SIAP-SIAGA HADAPI SEBARANG KRISIS

Semenyih, 9 Oktober 2017 – Mengambil kira peranan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga kesejahteraan negara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman telah mengadakan Kursus Pengurusan Krisis dan Kursus Rundingan Krisis Bil 1/2017 bertempat di Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM), Cheras, Kuala Lumpur.

 Kursus yang bermula 1 Oktober 2017 dan berakhir pada hari ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran mekanisme pengurusan dan pengendalian krisis keganasan dengan yakin dan bijaksana mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Majlis penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah, yang berlangsung di Dewan Serbaguna Batalion 4 PGA, di sini, petang tadi.

“Kursus ini juga bertujuan memberi nilai tambah dari segi kemahiran dan kebolehan kepada pegawai-pegawai kanan polis dalam menghadapi sebarang krisis atau ancaman yang memerlukan tindakan segera" ujar beliau.

Seramai 40 pegawai kanan polis terlibat dalam kurus pengurusan krisis manakala seramai 24 pegawai kanan polis menyertai kursus rundingan pada kali ini. Hadir sama dalam majlis penutupan tersebut, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali, Ketua Polis Melaka, Dato’ Abd Jalil Hassan, peserta kursus dan rakan media.

Ketibaan Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah.
Ketibaan Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah.

Ucapan oleh Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah.
Ucapan oleh Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah.

Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah semasa Majlis Penutup Kursus Pengurusan & Rundingan Krisis Bil 12017.
Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah semasa Majlis Penutup Kursus Pengurusan & Rundingan Krisis Bil 12017.

Antara peserta kursus Pengurusan & Rundingan Krisis 2017.
Antara peserta kursus Pengurusan & Rundingan Krisis 2017.

Sekitar Kursus Pengurusan & Rundingan Krisis Bil 12017. (3)
Sekitar Kursus Pengurusan & Rundingan Krisis Bil 12017.

Sekitar Kursus Pengurusan & Rundingan Krisis Bil 12017.
Sekitar Kursus Pengurusan & Rundingan Krisis Bil 12017.

Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan sijil kepada peserta kursus.
Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan sijil kepada peserta kursus.
ArtikelDiterbitkan 09 Oct 2017 2.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM