Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Siap Siaga Hadapi Pru 14

Published: 09 Mar 2017 11.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempersiapkan warganya dengan pengetahuan undang-undang, prosedur dan pengurusan pilihan raya seperti mana edisi-edisi pilihan raya umum sebelum ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-siap-siaga-hadapi-pru-14
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:45 MYT


Kuala Lumpur, 9 Mac 2017 – Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempersiapkan warganya dengan pengetahuan undang-undang, prosedur dan pengurusan pilihan raya seperti mana edisi-edisi pilihan raya umum sebelum ini.

Bagi merealisasikan tujuan tersebut, telah diadakan Seminar Persediaan Undang - Undang Pilihan Raya yang bertempat di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur merangkumi kursus-kursus ulangkaji, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, perspektif keselamatan, sumber manusia, logistik dan undang undang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kesemua peserta telah diberikan pendedahan mengenai Undang-Undang Pilihan Raya, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, Public Order (Preservation Act) 1958, Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dan Undang-undang Pencegahan.

Majlis Penutup Seminar Persediaan Undang-undang Pilihan Raya ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh, Setiausaha Bahagian penasihat undang- undang Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Otham Yusof, Ketua unit jenayah am dan ketenteraman awam (KUJAKA) Tuan Mohamad Abazafree Mohamad Abas dan pegawai-pegawai kanan PDRM yang lain.


Pdrm Siap Siaga Hadapi Pru 14Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh berucap merasmikan Seminar Persediaan Pilihanraya Umum Ke-14 yang berlangsung di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur


Pdrm Siap Siaga Hadapi Pru 14
Sekitar Seminar Persediaan Pilihanraya Umum Ke-14 yang berlangsung di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur


Pdrm Siap Siaga Hadapi Pru 14
Sekitar sesi soal jawab Seminar Persediaan Pilihanraya Umum Ke-14 di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur


Pdrm Siap Siaga Hadapi Pru 14
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika berucap merasmikan penutupan Seminar Persediaan Pilihanraya Umum Ke-14 di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur


Pdrm Siap Siaga Hadapi Pru 14
Bergambar kenangan


Pdrm Siap Siaga Hadapi Pru 14
Bergambar kenangan



ArticlePublished 09 Mar 2017 11.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM