Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Lebih Rm50 Juta

Diterbitkan: 10 Mar 2017 5.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Pihak polis juga turut berjaya merampas sejumlah 2.5 juta biji pil Eramin 5 dan 800 biji pil Ekstasi yang bernilai RM50.5 juta serta menyita sejumlah wang tunai asing, barangan kemas dan beberapa buah kenderaan milik anggota sindiket terbabit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-sindiket-dadah-lebih-rm50-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:41 MYT

Kuala Lumpur, 10 Mac 2017 – Hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui elemen Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Taktikal Perisikan Narkotik (STING) telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis Eramin 5 menggunakan kargo laut dari negara Taiwan di Pelabuhan Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Rentetan daripada kejayaan tersebut, JSJN serta STING Bukit Aman telah melancarkan tujuh serbuan di  sekitar ibu kota dan Selangor.

Seramai 10 ahli sindiket tempatan ditahan dalam serbuan tersebut.

Pihak polis juga turut berjaya merampas sejumlah 2.5 juta biji pil Eramin 5 dan 800 biji pil Ekstasi yang bernilai RM50.5 juta serta menyita sejumlah wang tunai asing, barangan kemas dan beberapa buah kenderaan milik anggota sindiket terbabit.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff dalam sidang media pagi tadi berkata, kesemua suspek yang berusia 29 sehingga 57 tahun itu kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan sedang dijalankan dan beberapa tangkapan akan menyusul tidak lama lagi dan pihak polis mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk membanteras dadah sebagai musuh nombor satu negara ini,” akhiri beliau.

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Lebih Rm50 Juta
"Kejayaan PDRM kali ini juga adalah hasil daripada usaha sama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia," - Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Lebih Rm50 Juta
Rampasan dadah Eramin 5 dipercayai untuk pasaran tempatan, Thailand, Singapura dan Indonesia yang juga merupakan rampasan pil eramin 5 yang terbesar pada tahun ini...

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Lebih Rm50 Juta
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff menunjukkan antara hasil-hasil rampasan kepada pihak media..

ArtikelDiterbitkan 10 Mar 2017 5.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM