KUALA
LUMPUR, 25 MEI – Seramai 400 warga PDRM telah menyertai Program Purple
Walk yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan
Masyarakat (KPWKM) di Dataran Merdeka pagi tadi.
Program
yang diadakan sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 telah
dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB
Dato' Sri Rohani Abdul Karim dan program ini juga dijalankan serentak di
seluruh negara.
Selain itu, YB Dato' Sri Rohani turut melancarkan Komuniti Perwani Siswi untuk golongan siswazah yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik di dalam program ini seperti senamrobik, pertandingan pakaian menarik dan galeri pemeran.
Turut hadir memeriahkan lagi
program tesebut adalah Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik PDRM, YDH
Dato' Zubaidah Bt Md. Ismail, dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YDH
Dato' Nahariah Bt. Hussein.

Sekitar program.

YDH Dato’ Zubaidah Bt Md. Ismail bersama YDH Dato’ Nahariah Bt. Hussein.

YB Dato’ Sri Rohani ketika berucap.

Pelancaran Perwani Siswi.

Senamrobik.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.


Pameran PDRM.

YDH Dato’ Zubaidah dan YDH Dato’ Nahariah ketika di pameran PDRM.