Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah

Diterbitkan: 13 Jun 2014 12.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rukman, personaliti televisyen dan pendakwah bebas dan turut dihadiri oleh DCP Dato’ Ab Razak bin Ab Ghani, Timbalan Pengarah KDN/KA (Gerakan), Dato' Muha..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hindar-jenayah-berlandaskan-syariah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:26 MYT

Bukit Aman, 20 Mei – Pemahaman berkenaan konsep jenayah perlu diperhalus dan diperdalamkan lagi bagi mengenalpasti punca dan langkah-langkah penyelesaian bersama di antara masyarakat serta pihak polis.

Pencegahan jenayah bukanlah tanggungjawab yang digalas semata-mata kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi merupakan tanggungjawab semua pihak sejajar dengan apa yang disyariatkan Islam dalam konteks kesejahteraan Ummah.

Berdasarkan konsep dalam syariah Islam, adalah penting kesedaran awal kepada masyarakat terutamanya anak-anak muda bagi menanamkan prinsip mencegah dan menghindari jenayah itu sendiri sebelum ia mendatangkan masalah yang lebih besar kepada mereka.

Sehubungan itu, PDRM dengan kerjasama Pusat Punggutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Program Ceramah Pencegahan Jenayah Daripada Perspektif Islam di Perkarangan Masjid Al-Amin, Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras, semalam.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rukman, personaliti televisyen dan pendakwah bebas dan turut dihadiri oleh DCP Datuk Ab. Razak bin Ab. Ghani, Timbalan Pengarah KDN/KA (Gerakan), Dato' Muhammad Fuad Bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan LTAB), SAC Dato’ Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA, Datuk Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP serta tetamu-tetamu jemputan.

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Tetamu-tetamu utama...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rukman, personaliti televisyen dan pendakwah bebas...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Tetamu-tetamu utama...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
sesi penyampaian cenderahati...

Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
sesi penyampaian cenderahati...

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 12.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM