Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Sertai Misi Pbb Di Sudan

Published: 09 Jun 2014 8.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Mereka terdiri dari tujuh pegawai dan enam anggota pangkat rendah itu diketuai oleh ASP Azmi Wahid..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sertai-misi-pbb-di-sudan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:11 MYT

Sepang, 15 September 2008 - Seramai 16 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Darfur, Sudan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.

Mereka terdiri dari tujuh pegawai dan enam anggota pangkat rendah itu diketuai oleh ASP Azmi bin Wahid akan menjalankan tugas menjaga keamanan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun.

Pemergian mereka diraikan oleh YDH SAC I Puan Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman. Turut hadir di majlis itu ialah YDH ACP Mohd Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Supt Arshad bin Hj. Abdul Jalil,  Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam PDRM dan diiringi oleh ahli keluarga.

Pdrm Sertai Misi Pbb Di Sudan
YDH SAC I Puan Zaleha binti Abdul Rahman mengucapkan selamat bertugas kepada Ketua Kumpulan, ASP Azmi bin Wahid sambil diperhatikan oleh pegawai dan anggota yang menyertai misi Pengaman PBB di Darfur, Sudan selama setahun

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM