Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.32 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-berbuka-puasa-bersama-ydh-timbalan-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT

Ampang - 18 September 2008. Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Surau Musalla Al-Azmi, IPD Ampang Jaya.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah Y.Bhg. Dato' Seri Shahril bin Tan Sri Dato' Seri Shamsuddin, Presiden & CEO Sapura Group of Companies, YDH SAC 1 Dato' Jamshah bin Mustapa, Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato' Zaman Khan bin Rahim Khan, mantan Pengarah PDRM,YDH ACP Abd Jalil bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Pegawai-pegawai Kanan, tetamu jemputan dan diraikan serta warga IPD Ampang Jaya.

Satelah majlis berbuka puasa dan solat maghrib, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan Y.Bhg. Dato' Seri Shahril bin Tan Sri Dato' Seri Shamsuddin telah menyampaikan sumbangan dan cenderahati  kepada anggota kurang upaya dan keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa, anak-anak yatim, balu-balu,  pesara polis dan orang-orang miskin. 

Selesai majlis sumbangan, hadiri telah mengerjakan solat Isyak dan diteruskan dengan sembahyang Tarawih.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Majlis Berbuka Puasa IPD Ampang Jaya diserikan dengan kehadiran YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara (berbaju biru)

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Hadirin yang hadir di Majlis Berbuka Puasa...

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Y.Bhg. Dato' Seri Shahril bin Tan Sri Dato' Seri Shamsuddin, Presiden & CEO Sapura Group of Companies menyampaikan sumbangan kepada warga orang-orang susah dan miskin.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menyampaikan sumbangan kepada haji Murad bin Isa, Pengarusi Persatuan Bekas Polis Cawangan Ampang.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar turut menyampaikan sumbangan si cilik...

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bertanya khabar kepada keluarga  anak-anak istimewa yang turut menerima sumbangan.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Polis Cawangan Ampang...

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.32 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM