Shah Alam, 16 Mei- Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut sama mengambil bahagian dalam Festival Hari Kebajikan M.C.I.O (Malay,Chinese,Indian And Others) 2016 di perkarangan Stadium Malawati, pada 14 Mei yang lalu.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Dato’ Gandesan Letchumanan.
PDRM turut mengambil bahagian melalui booth Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bahagian Pengambilan PDRM dan kaunter semakan saman trafik.
Program usahama Jabatan Perapaduan Negara Dan Integrasi Nasional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini adalah bagi memupuk semangat perpaduan serta menyuntik semangat nasionalisma dalam setiap lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Tururt hadir pada majlis perasmian tersebut, Presiden M.C.I.O, Dato’ Shaiful Nizam Abdullah, wakil-wakil NGO, warga KDN dan PDRM.
Persembahan Combat T-Baton dari Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor
Sekitar booth pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Sekitar booth pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter semakan trafik
Sekitar booth pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM)
AMANITA dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pdrm Sertai Festival M C I O 2016
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut sama mengambil bahagian dalam Festival Hari Kebajikan M.C.I.O (Malay,Chinese,Indian And Others) 2016 di perkarangan Stadium Malawati, pada 14 Mei yang lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sertai-festival-m-c-i-o-2016
Scan to view the latest live version.