Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Drb Hicom Sumbang Rm80 000 Kepada Surau Al A Limin Maktab Pdrm Cheras

Diterbitkan: 16 May 2016 8.20 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.28 PM
Kuala Lumpur, 16 Mei – Bersempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang, Syarikat DRB-HICOM Berhad telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan dana berjumlah RM80,000 yang akan dimanfaatkan untuk pemasangan sebanyak 20 unit alat penyaman udara bagi kegunaan Surau Al-A’limin, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/drb-hicom-sumbang-rm80-000-kepada-surau-al-a-limin-maktab-pdrm-cheras
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:23 MYT
Oleh: Kpl Mohd Shareel Shahriman

Kuala Lumpur, 16 Mei – Bersempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang, Syarikat DRB-HICOM Berhad telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan dana berjumlah RM80,000 yang akan dimanfaatkan untuk pemasangan sebanyak 20 unit alat penyaman udara bagi kegunaan Surau Al-A’limin, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras.

Dalam Majlis Penyerahan Cek Oleh DRB-HICOM Berhad Kepada PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah melahirkan rasa bangga beliau kepada syarikat gergasi berkenaan kerana telah menjalankan tanggungjawab sosial tanpa henti kepada masyarakat dan negara.

“Selain memenuhi tanggungjawab khidmat masyarakat, amalan bersedekah seperti ini sememangnya sangat dituntut dalam Islam yang mana amalan tersebut dapat mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah,” tambahnya lagi.

Surau Al-A’limin, Maktab PDRM Cheras mampu memuatkan sehingga 2,000 jemaah dan dengan adanya kemudahan tersebut nanti akan memberi keselesaan kepada orang ramai untuk beribadah bukan sahaja di sepanjang Ramadhan, malah pada bila-bila masa dan ketika.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi DRB-HICOM Berhad,Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Khamil Jamil, Pengarah-pengarah PDRM, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Dato’ Sri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar,Ketua Pegawai Operasi Automotive Distribution & Defence DRB-HICOM Berhad, Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Deftech Sendirian Berhad, Dato’ Amril Samsudin,Pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

_MG_5945
Pengerusi DRB-HICOM Berhad,Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Khamil Jamil menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar

_MG_5971
Bacaan doa.

_MG_5974
Bacaan doa.

_MG_5972
Bacaan doa.

_MG_5996
Pengerusi DRB-HICOM Berhad,Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Khamil Jamil menyerahkan replika cek kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

_MG_6017
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan cenderahati kepada Pengerusi DRB-HICOM Berhad,Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Khamil Jamil.

_MG_5917
Gambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 16 May 2016 8.20 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.28 PM