Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Serah Sembilan Kenderaan Kepada Giatmara

Published: 13 Mar 2015 4.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
BUKIT MERTAJAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan sembilan kenderaan terpakai kepada GiatMara Permatang Pauh di sini, untuk digunakan dalam sesi latihan pelajar bidang kejurteraan automotif.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-serah-sembilan-kenderaan-kepada-giatmara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:57 MYT
BUKIT MERTAJAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan sembilan kenderaan terpakai kepada GiatMara Permatang Pauh di sini, untuk digunakan dalam sesi latihan pelajar bidang kejurteraan automotif.

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata sumbangan itu selari dengan matlamat organisasi yang berinisiatif melestarikan alam semula jadi daripada melupuskan kenderaan yang masih boleh diguna pakai.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya usaha murni dalam bidang pendidikan itu berupaya
memberikan nilai tambah kepada kerajaan, selain mendapat hasil jualan melalui kaedah lelongan kenderaan terpakai kepada orang awam.

Tambah CP Datuk Zulkifli lagi, sebelum itu, pihaknya juga mengagihkan 34 kenderaan terpakai bernilai lebih RM100,000 kepada tiga GiatMara iaitu Sungai Bakap, Klang dan Kuala Terengganu.

"Usaha menyumbang kenderaan terpakai ini akan diteruskan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian dan keperluan institusi," katanya.
Pdrm Serah Sembilan Kenderaan Kepada Giatmara
Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 13 Mar 2015 4.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM