Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015

Diterbitkan: 18 Nov 2015 3.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
PUTRAJAYA – 18 Nov. Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkul dua anugerah sempena Sambutan Hari Inovasi 2015 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Auditorium, Kompleks D, Putrajaya pagi semalam. PDRM telah dianugerahkan tempat pertama dalam Inovasi KDN dan berjaya membawa pulang lima ribu ringgit berserta trofi dan sijil penghargaan. PDRM juga memenangi tempat pertama bagi pameran Hari Inovasi 2015 KDN, membawa pulan
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-rangkul-2-anugerah-hari-inovasi-kdn-2015
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:26 MYT
 PUTRAJAYA – 18 Nov. Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkul dua anugerah sempena Sambutan Hari Inovasi 2015 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Auditorium, Kompleks D, Putrajaya pagi semalam.  

PDRM telah dianugerahkan tempat pertama dalam Inovasi KDN dan berjaya membawa pulang lima ribu ringgit berserta trofi dan sijil penghargaan. PDRM juga memenangi  tempat pertama bagi pameran Hari Inovasi 2015 KDN, membawa pulang satu ribu lima ratus ringgit, trofi dan sijil penghargaan.

Majlis penyampaian hadiah yang bertemakan ‘Inovasi Peneraju Transformasi’ disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri.

Seramai 500 peserta dan pemerhati terlibat sepanjang konvensyen yang telah diadakan selama 5 hari bermula 1 September 2015. Bagi kategori Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK), sebanyak 15 kategori teknikal dan 22 kategori pengurusan telah dipertandingkan, sementara dalam kategori inovasi sebanyak 25 penyertaan telah diketengahkan.

Kontinjen Terengganu adalah pemenang Anugerah Inovasi KDN 2015, melancarkan produk inovasi 1 Masjid 1 Polis, melibatkan 499 buah masjid di seluruh negeri Terengganu.

Program 1 Masjid 1 Polis ini adalah cetusan idea kreativiti warga polis di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Besut yang telah dilancarkan pada 25 Jun 2012 di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyung oleh Timbalan Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar. Menyedari keperluan ini dan inisiatif yang diambil oleh mantan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Haji Jamshah bin Mustapa telah melancarkan Program 1 Masjid 1 Polis pada 25 Januari 2013 bagi Kontinjen Terengganu.

Program 1 Masjid 1 Polis telah memberi impak yang positif di kalangan masyarakat untuk mempertingkatkan perkhidmatan PDRM. Program ini berasaskan komuniti melalui aktiviti pencegahan jenayah, kerjasama antara polis dan AJK Masjid melalui transformasi penyaluran maklumat secara berterusan.

Penghasilan inovasi ini adalah berkonsepkan masjid sebagai pusat sehenti di mana pegawai dan anggota PDRM bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Masjid yang bertanggungjawab mengadakan lawatan, berinteraksi, maklum balas dengan para jemaah serta mendengar permasalahan mereka selain menyampaikan maklumat berkaitan aspek keselamatan.

Sambutan Hari Inovasi 2015 KDN dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Tuan Masir Kujat, dan Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi bin Haji Ibrahim,.

Majlis turut dihadiri, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Pengarah  Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik dan Pembangunan), CP Dato’ Rusli bin Ahmad, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rosli bin Ab. Rahman, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.
 
Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri

Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
Nyanyian lagu Negaraku...

Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
Antara yang hadir...

Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
 Antara yang hadir...

Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
 Antara yang hadir...

Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
Ucapan oleh Timbalan Perdana Menteri
Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar menerima hadiah tempat pertama Inovasi 2015 KDN
Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
Tempat pertama, pameran Hari Inovasi 2015 KDN

Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
Kontinjen Terengganu dengan produk 1 Masjid 1 Polis.

Pdrm Rangkul 2 Anugerah Hari Inovasi Kdn 2015
 Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rosli bin Ab. Rahman bergambar kenangan 
 
 
 

ArtikelDiterbitkan 18 Nov 2015 3.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM