Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Rampas Dadah Bernilai Rm5 3 Juta Tiga Sindiket Lumpuh

Published: 13 Sep 2017 6.13 AM Updated: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 13 September 2017 – Pelbagai jenis dadah termasuk ganja, kokain dan syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM5.3 juta berjaya dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melalui elemen 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group' (STING) Bukit Aman, dalam tujuh serbuan berasingan di Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-rampas-dadah-bernilai-rm5-3-juta-tiga-sindiket-lumpuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:30 MYT

Kuala Lumpur, 13 September 2017 – Pelbagai jenis dadah termasuk ganja, kokain dan syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM5.3 juta berjaya dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melalui elemen 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group' (STING) Bukit Aman, dalam tujuh serbuan berasingan di Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur.

Dalam sidang media kejayaan JSJN yang diadakan di Bukit Aman pagi tadi, Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd. Shariff berkata, pihaknya turut berjaya menahan tujuh lelaki termasuk dua warga Nigeria bersama dua lagi wanita tempatan. Selain itu, polis juga telah menyita pelbagai jenis aset dan harta bernilai RM58,039 termasuk beberapa buah kenderaan.

Dato’ Sri Mohd Mokhtar berkata, kejayaan operasi ini adalah hasil perkongsian maklumat risikan dengan agensi penguatkuasa dadah antarabangsa khusunya Drug Enforcement Administration (DEA).

“Operasi di Kelantan dan Kedah merupakan tindakan susulan daripada kejayaan operasi yang dijalankan pada Julai lalu dan ini menunjukkan pihak JSJN serius menangani jenayah narkotik sehingga tertangkapnya semua penjenayah,” katanya lagi.

Tangkapan dan rampasan ini sekaligus melumpuhkan tiga sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing. Kesemua yang ditahan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

_MG_6668
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd. Shariff ketika sidang media.

_MG_6639
Antara dadah yang dirampas.

_MG_6644
Antara dadah yang dirampas.

_MG_6654
Antara dadah yang dirampas.

_MG_6710
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd. Shariff ketika menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media.
ArticlePublished 13 Sep 2017 6.13 AMUpdated 15 Aug 2026 6.32 PM