Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pgu Sertai Pameran Di Smk Orkid Desa Kl

Diterbitkan: 13 Sep 2017 3.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 13 September 2017 – Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2017, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai pameran anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orkid Desa, Cheras, dekat sini, pada hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgu-sertai-pameran-di-smk-orkid-desa-kl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:19 MYT

PGU SERTAI PAMERAN DI SMK ORKID DESA, KL

Kuala Lumpur, 13 September 2017 – Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2017, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai pameran anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orkid Desa, Cheras, dekat sini, pada hari ini.

Pameran dari Unit PGU ini diketuai oleh Ketua Unit Dron PDRM, ASP Rasha Azaldin Shafii dibantu oleh Pegawai PGU merangkap juruterbang, ASP Kamal Mazlan bersama anggota-anggota PGU.

Dengan hala tuju sebagai menghargai jasa pejuang negara dan menarik minat pelajar untuk terus mencintai tanah air, pihak PGU turut mengadakan demonstrasi pengendalian dron kepada pelajar-pelajar.

Turut memeriahkan aktiviti pameran pada hari ini, Pengetua SMK Orkid Desa, Abdul Samad Othman guru-guru serta para pelajar.

1
Sesi bergambar kenangan...

2
Ketua Unit Dron PDRM, ASP Rasha Azaldin Shafii (kanan) memberikan taklimat berkaitan UAV model DJI Matrice 600 kepada pengetua, Abdul Samad Othman (dua dari kanan)..

3
Antara anggota PGU yang terlibat dalam pameran pada hari ini..

4Antara galeri pameran yang disediakan oleh PGU pada hari ini..

5
Demonstrasi pengendalian UAV model DJI Phantom3 Professional, DJI Inspire 1 dan DJI Matrice 600 oleh pegawai PGU..
ArtikelDiterbitkan 13 Sep 2017 3.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM