Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Rai Yang Dipertua Mes Baharu

Published: 05 Oct 2017 6.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun diraikan dalam sebuah Majlis Dining In Ketua Polis Negara sempena perlantikan beliau selaku Yang Dipertua MES Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu bertempat di Sunway Resort Hotel and Spa, Bandar Sunway, dekat sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-rai-yang-dipertua-mes-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:18 MYT

Subang Jaya, 4 Oktober 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun diraikan dalam sebuah Majlis Dining In Ketua Polis Negara sempena perlantikan beliau selaku Yang Dipertua MES Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu bertempat di Sunway Resort Hotel and Spa, Bandar Sunway, dekat sini, malam tadi.

“Menyusur Liku Ke Mercu” telah dipilih sebagai tema majlis ini amat bertepatan dengan segala perit jerih dan rintangan yang dihadapi PDRM sepanjang usia penubuhannya sejak 210 tahun yang lalu.

“Majlis malam ini berjaya menghimpunkan pegawai-pegawai dari setiap pelosok formasi PDRM untuk saling kenal mengenali serta memperkukuhkan lagi jalinan persaudaraan sesama kita” ujar Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam ucapan aluannya.

Beliau yakin di bawah kepimpinan kepimpinan Tan Sri Fuzi selaku Yang Dipertua Mes PDRM baharu akan meningkatkan lagi reputasi Mes di samping menyeru semua pegawai kanan PDRM untuk bersama-sama memperkasa institusi Mes PDRM yang memiliki status tersendiri di dalam pasukan.

Ketua Polis Negara pula dalam ucapannya menekankan empat fokus utama beliau dalam pasukan iaitu penghayatan kepada konsep ‘Back To Basic’, memelihara integriti dan menghindari rasuah, memerangi judi dan jenayah bersindiket serta memperkasa "Intelligence-Led Policing".

“Usaha segenap lapisan dan peringkat di dalam PDRM perlu digembleng,di mana peranan masing-masing memainkan peranan dengan penuh komited dan menyeluruh dengan kadar segera," tambahnya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani selaku Pengerusi Jawatankuasa Mes kali ini dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Dining In pada malam yang bersejarah ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Pengarah PDRM, barisan Pesuruhjaya dan Ketua Polis Negeri, Pegawai Kanan PDRM serta pasangan masing-masing.

Sekitar Majlis 1
Yang Dipertua Mes Baharu diraikan..

Bergambar kenangan 1
Sesi bergambar kenangan..

Bergambar kenangan
Sesi bergambar kenangan bersama pengarah-pengarah PDRM..



ArticlePublished 05 Oct 2017 6.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM