Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Premis Vcd Dvd Haram Diserbu 5 Individu Ditahan

Diterbitkan: 06 Oct 2017 2.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2017 – Hasil maklumat Bahagian Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman telah membawa kejayaan dalam menumpaskan sindiket VCD/DVD haram yang bergiat aktif di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/premis-vcd-dvd-haram-diserbu-5-individu-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:12 MYT

PREMIS VCD/DVD HARAM DISERBU, 5 INDIVIDU DITAHAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2017 – Hasil maklumat Bahagian Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman telah membawa kejayaan dalam menumpaskan sindiket VCD/DVD haram yang bergiat aktif di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

Dalam kejayaan tersebut, seramai lima individu berusia lingkungan 35 hingga 48 tahun ditahan dan 100,668 keping VCD/DVD bersama 23 buah mesin burner turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 18(4) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki VCD/DVD yang tidak mempunyai Sijil B serta Seksyen 11(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bercakap dalam sidang media yang diadakan di Menara 238 Jalan Tun Razak, Pengarah JSJK, Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menasihati orang ramai agar tidak memberikan sokongan kepada industri cetak rompak kerana ianya mendatangkan implikasi negatif terhadap ekonomi dan moral.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang bernama Zubir Bin Yahya atau ‘Ustaz Zubir’ yang beralamat akhir di No.59, Jalan SU 28, Taman Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor bagi membantu siasatan kes penipuan jualan rumah mampu milik oleh Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Global Resources.

Selain itu, pihaknya turut berjaya menahan tiga individu dan merampas empat buah kereta mewah bersama pelbagai dokumen syarikat bersangkutan kes skim pelaburan Syarikat Exorbitance Influence Sdn.Bhd (KRUBAL) yang melibatkan 1,500 hingga 2,000 mangsa di Pulau Pinang.

Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menunjukkan antara VCDDVD haram yang dirampas.
Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menunjukkan antara VCDDVD haram yang dirampas.

Pihak Polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas iaitu Ustaz Zubir bin Yahya
Pihak Polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas iaitu Ustaz Zubir bin Yahya

Sidang Media Kes Sindiket VCDDVD haram.
Diantara VCDDVD haram yang dirampas.
VCDDVD haram yang dirampas. (2)
Diantara VCDDVD haram yang dirampas.
VCDDVD haram yang dirampas. (3)
Diantara VCDDVD haram yang dirampas.

ArtikelDiterbitkan 06 Oct 2017 2.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM