Pdrm Rai Kejayaan Atlet Kejohanan Wpfg
Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Siti Fatimah Abdul Manan
Kuala Lumpur, 17 Ogos – Barisan atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya mengharumkan nama pasukan dan negara dalam Kejohanan ‘World Police and Fire Games’ (WPFG) di Virginia, Amerika Syarikat, Jun lalu, diraikan dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.
“Memperoleh 32 pingat emas, 25 perak dan 17 gangsa merupakan pencapaian terbaik PDRM sejak menyertai kejohanan tersebut dari tahun 1995.
“Kejayaan itu juga telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-12 daripada 60 buah negara yang mengambil bahagian,” ujar Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
Tambah beliau, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh semua atlet PDRM wajar dipuji dan kejayaan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi meningkatkan imej dan nama baik pasukan dalam bidang sukan.
Penyampaian sijil penghargaan kepada semua atlet yang terlibat disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.
Kejohanan WPFG merupakan kejohanan sukan pasukan polis dan bomba yang disertai oleh lebih 12,000 atlet dari seluruh dunia. Pada tahun ini, PDRM telah menghantar 123 pegawai dan anggota yang terlibat dalam sepuluh acara sukan termasuk golf, ten pin bowling, karate, ragbi tujuh sebelah, badminton, basikal, bina badan, olah raga, dart dan tarik tali.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, pengarah-pengarah PDRM, ketua-ketua polis negeri dan warga PDRM.
Sekitar ketibaan pengarah-pengarah PDRM, ketua-ketua polis negeri dan warga PDRM

Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar disambut pengarah-pengarah PDRM, ketua-ketua polis negeri dan warga PDRM
Ucapan Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM
Sekitar Majlis Penyampaian sijil penghargaan kepada semua atlet Kejohanan ‘World Police and Fire Games’ (WPFG) disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar