Pdrm Perkenal Barisan Pemain The Cops Musim 2016
Putrajaya, 8 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan barisan pemain bagi mengharungi musim Liga Super 2016 dalam Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM Musim 2016 di Hotel Marriot, Putrajaya, malam tadi.
Sesi memperkenalkan para pemain telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan pihak pengurusan PDRM memberi kepercayaan sekali lagi kepada Mohd Fauzi Pilus selaku jurulatih dan dibantu oleh Anuar Udin dan Rohaizan Ribi.
Kehadiran beberapa tonggak baru yang membarisi jentera pasukan bagi musim ini dijangka mampu meledakkan kembali saingan dan mengekalkan momentum pencapaian pasukan.
Andrezinho (Brazil), Safuwan Baharuddin (Singapura), Konate Souleymane (Mali) dan Ali Ashfaq adalah antara pemain import baru dan lama yang bakal beraksi dalam pasukan The Cops bagi musim 2016.
Musim 2016 juga menyaksikan Line 7 dinamakan sebagai penaja rasmi pakaian dan peralatan sukan, Syarikat Mutiara Sendirian Berhad sebagai penaja pengangkutan pasukan serta Puncak Niaga sebagai penaja utama Juara Liga Perdana 2014 itu.
Majlis pelancaran pada malam tadi telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak PDRM, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak PDRM, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, barisan pegawai kanan PDRM dan pegawai dari syarikat-syarikat penaja pasukan The Cops.
Skrin layar bagi Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM Musim 2016 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Pasukan 'The Cops' memperkenalkan jersi baru pasukan bagi musim 2016.
Ucapan dari Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak PDRM, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim..
Ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Penyampaian cenderahati kepada penaja Puncak Niaga..
Penyampaian cenderahati kepada penaja Mutiara Sdn Bhd.
Penyampaian cenderahati kepada penaja Pakaian pasukan, LINE 7..
Sesi memperkenalkan para pemain pasukan PDRM musim 2016...
Sesi bergambar kenangan bersama peneraju Pasukan Bolasepak PDRM musim 2016...