Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Lancar Operasi Pembanterasan Serangan Islamic State Is

Diterbitkan: 08 Feb 2016 11.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Kuala Lumpur, 8 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas komited menangani sebarang cubaan Islamic State (IS) bagi melancarkan serangan keganasan di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-lancar-operasi-pembanterasan-serangan-islamic-state-is
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:08 MYT

Kuala Lumpur, 8 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas komited menangani sebarang cubaan Islamic State (IS) bagi melancarkan serangan keganasan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang hadir merasmikan penutupan Kursus Training Of Trainers (TOT) Bahaya Militan IS di sebuah restoran dalam ibu kota berkata, sejak bulan Februari 2013, Cawangan Khas telah menangkap 157 suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas IS. Daripada jumlah tersebut 132 daripadanya adalah lelaki dan bakinya adalah wanita.

“Kemunculan kumpulan aktivisme “Islamic State” (IS) ini sedikit sebanyak mecemarkan imej islam sendiri dengan tindakan mereka yang cenderung melakukan aktiviti keganasan, kekejaman dan tidak berperikemanusian.” ujar beliau.

Justeru itu, PDRM telah mengorak satu langkah ke hadapan untuk menghadapi cabaran ini dengan menjalin kolaborasi bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan, Petubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) bagi menjayakan sebuah kursus ilmiah seperti ini untuk membentuk fahaman yang lebih mendalam tentang ancaman IS.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah (E8) Counter Terrorism Cawangan Khas, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, Presiden ASWAJA, Ustaz Zamihan Haji Mat Zain al-Ghari dan Timbalan Presiden ASWAJA, Haji Mustapha Yaakub serta para peserta kursus. 

Pdrm Lancar Operasi Pembanterasan Serangan Islamic State Is
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar semasa merasmikan penutupan Kursus Training Of Trainers (TOT) Bahaya Militan IS

Pdrm Lancar Operasi Pembanterasan Serangan Islamic State Is
Para peserta kursus bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar

Pdrm Lancar Operasi Pembanterasan Serangan Islamic State Is
Antara peserta Kursus Training Of Trainers (TOT) Bahaya Militan IS..

Pdrm Lancar Operasi Pembanterasan Serangan Islamic State Is
Ucapan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar..

Pdrm Lancar Operasi Pembanterasan Serangan Islamic State Is
Presiden ASWAJA, Ustaz Zamihan Haji Mat Zain al-Ghari menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar..

Pdrm Lancar Operasi Pembanterasan Serangan Islamic State Is
Sidang media yang diketuai oleh Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar..


ArtikelDiterbitkan 08 Feb 2016 11.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM