Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Pamer Semangat Sambut Hari Sukan Negara 2017 20171026

Published: 26 Oct 2017 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bota, 14 Oktober 2017 – Selari dengan seruan kerajaan yang mengisytiharkan setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai Hari Sukan Negara, seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan sambutan tersebut di setiap kontinjen dan formasi secara serentak, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-pamer-semangat-sambut-hari-sukan-negara-2017-20171026
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:47 MYT
Bota, 14 Oktober 2017 – Selari dengan seruan kerajaan yang mengisytiharkan setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai Hari Sukan Negara, seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan sambutan tersebut di setiap kontinjen dan formasi secara serentak, pagi tadi.

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan, dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan pertunjukan menarik seperti kayuhan basikal, sepak raga ratus, tarik tali, aksi payung terjun Paratroopers 69 Komando dan ziarah kasih di sekitar kawasan kampung. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan beliau menyatakan, melalui gerak kerja Majlis Sukan PDRM, pelbagai aktiviti kesukanan dilaksanakan mengikut perancangan yang dijadualkan di dalam takwim sukan PDRM. Usaha ini dibuat agar lebih ramai atlet-atlet sukan PDRM dapat dilahirkan serta digilap untuk lebih berdaya saing di persada sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tambah beliau, bagi menyahut hasrat dan objektif Hari Sukan Negara, saya menyeru agar aktiviti bersukan ini tidak hanya dilakukan pada hari ini sahaja, tetapi terus dijalankan secara konsisten dan berpanjangan kerana ianya memberi manfaat kepada kesihatan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Parit, Dato’ Hj Mohd Zaim Hj Abu Hasan, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM,  Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), SAC Sharul Othman Mansor, Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Hasnan Hassan, warga PDRM dan masyarakat kampung.

Pdrm Pamer Semangat Sambut Hari Sukan Negara 2017 20171026
Sekitar lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Pdrm Pamer Semangat Sambut Hari Sukan Negara 2017 20171026
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun semasa Sambutan Hari Sukan Negara 2017.

Pdrm Pamer Semangat Sambut Hari Sukan Negara 2017 20171026
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan di Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama sempena program Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM..

Pdrm Pamer Semangat Sambut Hari Sukan Negara 2017 20171026
Sekitar Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM..

Pdrm Pamer Semangat Sambut Hari Sukan Negara 2017 20171026
Ucapan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun sempena program Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM.
ArticlePublished 26 Oct 2017 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM