
Pdrm Mengharumkan Nama Pasukan Negara Malaysia
BUKIT
AMAN, 1 Oktober - Bertempat di Mess Pegawai Kanan, berlangsungnya satu
Majlis Meraikan Atlet 'World Police & Fire Games' 2013.
Majlis
gilang-gemilang ini dihadiri oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu
Bakar, Ketua Polis Negara dan Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah
Pengurusan PDRM.
PDRM
telah mengharumkan nama pasukan amnya dan nama negara Malaysia khasnya
dalam Kejohanan Sukan Polis dan Bomba Sedunia yang telah berlangsung di
Belfast, Ireland Utara pada 1 hingga 10 Ogos yang lalu.
Kontinjen
daripada Negara Malaysia terdiri daripada seramai 58 orang atlet.
Atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang terdiri
daripada 5 kategori iaitu golf, seni bina badan, badminton, olahraga,
bowling padang dan squash.
Daripada kategori itu, Kontinjen Malaysia telah Berjaya memungut sebanyak 8 pingat emas, 14 perak dan 10 pingat gangsa.
"Kejayaan
yang diperoleh ini merupakan kejayaan yang sangat bermakna sekali gus
telah mengangkat martabat dan nama PDRM khususnya dan negara amnya",
ujar Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menutup
ucapan beliau.



Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi Bukit Aman