Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Mengharumkan Nama Pasukan Negara Malaysia

Published: 18 Jun 2014 1.45 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
BUKIT AMAN, 1 Oktober - Bertempat di Mess Pegawai Kanan, berlangsungnya satu Majlis Meraikan Atlet 'World Police & Fire Games' 2013...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-mengharumkan-nama-pasukan-negara-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:48 MYT

BUKIT AMAN, 1 Oktober - Bertempat di Mess Pegawai Kanan, berlangsungnya satu Majlis Meraikan Atlet 'World Police & Fire Games' 2013.

Majlis gilang-gemilang ini dihadiri oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.

PDRM telah mengharumkan nama pasukan amnya dan nama negara Malaysia khasnya dalam Kejohanan Sukan Polis dan Bomba Sedunia yang telah berlangsung di Belfast, Ireland Utara pada 1 hingga 10 Ogos yang lalu.

Kontinjen daripada Negara Malaysia terdiri daripada seramai 58 orang atlet. Atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang terdiri daripada 5 kategori iaitu golf, seni bina badan, badminton, olahraga, bowling padang dan squash.

Daripada kategori itu, Kontinjen Malaysia telah Berjaya memungut sebanyak 8 pingat emas, 14 perak dan 10 pingat gangsa.

"Kejayaan yang diperoleh ini merupakan kejayaan yang sangat bermakna sekali gus telah mengangkat martabat dan nama PDRM khususnya dan negara amnya", ujar Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menutup ucapan beliau.

Pdrm Mengharumkan Nama Pasukan Negara Malaysia
Pdrm Mengharumkan Nama Pasukan Negara Malaysia
Pdrm Mengharumkan Nama Pasukan Negara Malaysia
Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi Bukit Aman
ArticlePublished 18 Jun 2014 1.45 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM