Subang Jaya- 13 Februari 2012
Realiti, masa depan, peluang dan cabaran... Mungkin ini merupakan cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi oleh pasukan polis pada abad ke-21 di dalam membangunkan organisasi pasukan polis dengan berkesan, mampu mengenalpasti serta mengasimilasikan peralihan global dalam budaya, teknologi maklumat dan hak asasi manusia.
Mengubah jangkaan komuniti masyarakat, menilai tenaga kerja pasukan, kuasa teknologi masa kini, pelan strategik kerajaan dan falsafah kepolisan... Bagaimanakah generasi polis akan datang, berperanan untuk menguruskan masyarakat semasa di samping mengubah persekitaran organisasi pasukan polis dalam memenuhi objektif sebagai pasukan polis moden?
Demikian di antara abstrak yang diketengahkan dalam International Conference On Principled Policing : Rule Of Law, Public Order And Sustainable Development, pagi ini. Persidangan antarabangsa prinsip kepolisan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway, Subang Jaya.
"Pendekatan kerajaan untuk mengurangkan kadar indeks jenayah terutamanya jenayah jalanan, telah berjaya kerana kesediaan dan kesanggupan Polis Diraja Malaysia untuk mengubah minda dan cara mereka untuk mendekati, memerangi serta mengekalkan undang-undang dan peraturan, membolehkan rakyat Malaysia dapat tidur dengan lena pada waktu malam bahkan menjadikan negara Malaysia di tangga ke-19 paling selamat di antara 153 buah negara", tegas YAB Perdana Menteri Malaysia disambut dengan tepukan gemuruh daripada seluruh ahli-ahli persidangan.
"Oleh yang demikian, PDRM harus berfikir di luar kotak dan melibatkan diri dalam strategi yang baru bagi menghadapi cabaran yang semakin meningkat di era akan datang. Pada tahun 2011, Strategi Lautan Biru telah diperkenalkan oleh kerajaan dimana gandingan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Di bawah perjanjian ini, anggota polis dilatih dengan menggunakan kemudahan tentera. Dengan dasar ini juga, lebih ramai polis akan diambil dalam jangka masa yang singkat dan akan diserapkan dengan pantas ke dalam PDRM", ujar beliau ketika menyentuh dasar Blue Ocean Strategy.
Salah satu manfaat inisiatif ini, kerajaan dapat menjimatkan kos pembiayaan membina kemudahan Pusat Latihan Polis disamping meningkatkan hubungan kerjasama yang erat antara polis dan tentera", tambah YAB Perdana Menteri Malaysia.
Objektif utama persidangan ini adalah bagi bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ideologi baru dari pelbagai sudut dalam meningkatkan lagi perkhidmatan pasukan polis.
Tetamu yang hadir di dalam persidangan ini, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Sir H.E. Kasit Piromya, Mantan Menteri Luar Thailand, Y.Bhg Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, bekas Ketua Hakim Negara, Mr. Micheal Salkeld, Setiausaha Pertama Pertahanan Dan Keselamatan Organisasi UK Trade & Investment Brityish High Commission, Sir Prof. Charles Sampford, Director IEGL, The Institute For Ethics, Governance And Law dan Sir Mr Ken Kohl, US Department of Justic, Embassy of USA.
Turut hadir, Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, President of APSA Malaysia Chapter Hon. Secretary Of (APSA) International/Managing Director Of AHM Consultancy & Security Services, YDH Pengarah-pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya Polis New Zealand, Wakil-wakil Pegawai Polis Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Timor Leste, Wakil Kedutaan Perancis, Wakil Kedutaan United States, Wakil Syarikat IBM Malaysia, Wakil International Islamic University Malaysia (UUIM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Wakil Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF), Wakil-wakil dari Malaysian International Chamber Of Commerce & Industry (MICCI), Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Pertahanan, RESPA, PPKKM, SUHAKAM, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan tidak ketinggalan wakil-wakil media.

Dari kiri... Tun Haji Mohamed Hanif bin Omar, Mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Dr. Micheal Yeoh, Conference Organising Chairman Institute (ASLI), Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor

YDH SAC Dato' Amer Haji Awal bersama YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Ketibaan YB Menteri Dalam Negeri diiringi oleh Y.Bhg bekas Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Dato' Dr. Micheal Yeoh, Conference Organising Chairman Institute (ASLI)

Antara yang hadir...

YB Menteri Dalam Negeri menyampaikan ucapan

Bergambar kenangan...

Sidang Media ...

Slot 1 bertajuk Trends In 21 Century Policing : Future, Realities, Opportunities And Challanges yang dikendalikan oleh Y.Bhg bekas Ketua Polis Negara

Sesi soal jawab...

Bergambar kenangan bersama para panel...

Special Presentation on "Fighting Crime With Advanced Analytics" oleh Mr. Azri Razif Yahaya, Chief Technologist, IBM Malaysia
Sesi petang...

Y.Bhg Datuk Kamarudin Md Ali, Naib Pengerusi II Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) bersama Y.Bhg Dato' Pahlawan Haji Ramli bin Yusuff, Asian Professional Security Association (APSA)

Y.Bhg Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, bekas Ketua Hakim Negara dengan slot II bertajuk Police And The Rule Of Law : Journey Through The World Of Contemporary Policing

Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara

Ucapan daripada Y.Bhg Pengerusi Penganjur Persidangan

Ucapan perasmian oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Bergambar kenangan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di bilik tetamu
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan