Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Masih Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Pengaman Pbb Di Timor Leste

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ini telah membuktikan bahawa PDRM telah berjaya mempamerkan kecemerlangan dalam tanggungjawab mereka sebagai dalam beberapa siri misi PBB di Timor Leste, dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kera..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-masih-mampu-pikul-tanggungjawab-sebagai-pengaman-pbb-di-timor-leste
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:15 MYT

Sepang , 4 Mei 2011 - "Ini telah membuktikan bahawa PDRM telah berjaya mempamerkan kecemerlangan dalam tanggungjawab mereka sebagai dalam beberapa siri misi PBB di Timor Leste, dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana masih memberikan kepercayaan kepada PDRM," ujar YDH Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah (PGA/ Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan LTAB) Jabatan KDN/KA dalam ucapannya sempena Majlis Sending-Off Pegawai dan Anggota (FPU) Briged Utara Dan UNPOL PDRM Ke Misi Pengaman PBB Timor-Leste di Balai Pelepasan Domestik, B1, KLIA pada hari ini.


Mewakili ucapan YDH Ketua Polis Negara, beliau berkata, ini merupakan satu penghormatan kepada pasukan PDRM dalam membalas kepercayaan PBB dan negara untuk berkhidmat di rantau bergolak tersebut.


Tambahnya lagi, pegawai dan anggota yang akan bertugas di sana hendaklah menggunakan segala pengalaman yang ada sebagai aset untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan mengaplikasikan konsep 4P yang disarankan Ketua Polis Negara demi maruah dan matlamat pasukan.


Pelepasan ini kali melibatkan 136 pegawai dan anggota PDRM bersama 4 pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tukar ganti pasukan Malaysia Formed Police Unit (MAL-FPU) PDRM antara Briged Utara dan Briged Sabah yang selesai menjalankan misi mereka.


Turut hadir dalam majlis, YDH ACP Khaw Kok Chin, Timbalan Komander Briged Utara PGA, YDH ACP Mohd Rodzi bin Ismail, Pemangku Komander Briged Tengah PGA, Supt. Hapka bin Haji Mohd Said, Pegawai Pemerintah Batalion Khas PGA KLIA, Y.Bhg Kol. Dr. Mohd Hatta bin Haji Manis, wakil Angkatan Tentera Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
 

Pdrm Masih Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Pengaman Pbb Di Timor Leste
YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid semasa menyampaikan ucapan beliau.

Pdrm Masih Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Pengaman Pbb Di Timor Leste
Pegawai dan anggota yang akan berlepas bagi meneruskan misi pengaman PBB di Timor Leste.

Pdrm Masih Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Pengaman Pbb Di Timor Leste
YDH DCP Dato' Salleh menyampaikanamanat dan kata-kata perangsang kepada Pasukan Pengaman PBB yang akan berlepas ke Timor Leste.

Pdrm Masih Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Pengaman Pbb Di Timor Leste
YDH DCP Dato' Salleh bersalaman dengan setiap Pegawai dan anggota Pengaman PBB.

Pdrm Masih Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Pengaman Pbb Di Timor Leste
Pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia yang turut serta dalam misi Pengaman PBB kali ini.

Pdrm Masih Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Pengaman Pbb Di Timor Leste

Pdrm Masih Mampu Pikul Tanggungjawab Sebagai Pengaman Pbb Di Timor Leste
Senario warga Pengaman PBB sebelum berlepas ke Timor Leste.


Wartawan :    Konst. Irfan bin Bujang
Jurufoto :    L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM