Artikel
Taklimat Transformasi Pengurusan Sumber Manusia Pdrm
Unit HRMIS Bukit Aman telah mengadakan satu sesi taklimat bertajuk Transformasi Pengurusan Sumber Manusia PDRM di Bilik Auditorium, Tingkat 16, Menara 2, Bukit...
Kuala
Lumpur, 27 April 2011 - Unit HRMIS Bukit Aman telah mengadakan satu
sesi taklimat bertajuk Transformasi Pengurusan Sumber Manusia PDRM di
Bilik Auditorium, Tingkat 16, Menara 2, Bukit Aman.
Turut dijemput hadir
dalam majlis itu ialah Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Robiah bt.
Abdul Ghani, ketua / wakil dari Unit-Unit Jabatan Pengurusan, Urus
Setia KPN (Penyelidikan / Pembangunan), Unit Modenisasi Pengurusan
Organisasi, Unit Modal Insan Dan Korporat, Pegawai-pegawai Bahagian
Latihan setiap Jabatan PDRM dan juga pihak MMCSB.
Sepanjang sesi tersebut, Puan Rahmah binti Ismail selaku CEO GSSB Consulting dari Syarikat Go Sovereign Sdn Bhd (GSSB) telah memberikan penerangan berkaitan "Competency Modelling, Job Profiling And SuccessionPlanning"dan "Inspector Leadership Assessment and Development (ILAD)".
Tujuan taklimat ini berkait rapat dengan model kompetensi yang akan disediakan bagi melengkapkan pelaksanaan modul-modul di dalam HRMIS di mana secara amnya ianya menjadi nadi asas kepada pelaksanaan HRMIS.
Selaras dengan Government Transformation Programme (GTP), pembangunan sumber manusia yang efektif adalah bermula dengan menaik taraf perkhidmatan sumber manusia itu sendiri. Rentetan daripada itu, kita dapat mengenalpasti keperluan perjawatan terutamanya (jawatan kritikal) dan keperluan sumber manusia yang diperlukan bagi menjayakan transformasi sumber manusia di PDRM bagi menyokong visi dan misi PDRM seperti mana di lampiran.
Sehubungan itu, perkara ini harus dilaksanakan bagi menjayakan pelaksanaan HRMIS di PDRM.