Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Lantik Pegawai Perhubungan Sekolah Sebagai Langkah Cegah Jenayah

Published: 25 May 2015 1.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
PDRM mengambil langkah proaktif dengan melantik pegawai perhubungan sekolah di 10,136 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sebagai langkah mencegah pembabitan generasi muda dalam kegiatan jenayah yang semakin serius dewasa kini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-lantik-pegawai-perhubungan-sekolah-sebagai-langkah-cegah-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:11 MYT

PDRM mengambil langkah proaktif dengan melantik pegawai perhubungan sekolah di 10,136 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sebagai langkah mencegah pembabitan generasi muda dalam kegiatan jenayah yang semakin serius dewasa kini.

Pengarah Jabatan Pcncegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato' Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pegawai polis dipertanggungjawabkan di sekolah akan membabitkan diri dalam kegiatan khidmat nasihat, seterusnya menghantar laporan kepada pihak atasan secara berkala.

Melalui pelaksanaan program itu, setiap pegawai polis yang telah dilantik perlu melakukan lawatan dan menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah bagi mencegah aktiviti jenayah di sekolah yang terpilih.

Beliau berkata, tumpuan akan diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti bermasalah.

Sumber: Harian Metro

Pdrm Lantik Pegawai Perhubungan Sekolah Sebagai Langkah Cegah Jenayah
ArticlePublished 25 May 2015 1.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM