Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Lancar Op Selamat

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SUBANG JAYA, 30 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini secara rasmi telah melancarkan Op Selamat 3/2013 Sempena Sambutan Aidilfitri yang akan berlangsung dari 1 sehinggalah 15 Ogos iaitu selama..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-lancar-op-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:41 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

PDRM LANCAR OP SELAMAT

SUBANG JAYA, 30 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini secara rasmi telah melancarkan Op Selamat 3/2013 Sempena Sambutan Aidilfitri yang akan berlangsung dari 1 sehinggalah 15 Ogos iaitu selama 15 hari. Majlis Pelancaran Op Selamat 3/2013 Sempena Hari Raya Aidilfitri diadakan di Sunway Pyramid, Subang Jaya.

Majlis gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.


Dalam operasi ini, PDRM turut berkolaborasi dengan pelbagai agensi seperti Telekom Malaysia Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance, Prince Court Medical Centre, MIROS, konsesi-konsesi lebuhraya dan pihak media.

Dalam ucapan beliau turut mengumumkan ANUGERAH PEMANDUAN BERHEMAH kepada pengguna jalan raya daripada pelbagai kategori yang akan disampaikan oleh PDRM dan beberapa pihak penaja. Pemilihan turut dibuat kepada tiga kontinjen dan daerah seluruh Malaysia yang memainkan peranan terbaik di dalam menurunkan kes jenayah pecah rumah dan kemalangan maut.

"Memandulah dengan berhemah di jalan raya, dan pastikan keselamatan rumah sebelum bergerak pulang ke kampung masing-masing. Insya-Allah, kita sama-sama mengharapkan agar semuanya selamat pulang ke kampung dan selamat kembali pula ke rumah masing-masing", YDH Ketua Polis Negara menutup ucapan perasmian beliau.

Antara yang hadir ialah Y.Bhg Datuk Ismail bin Ahmad, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Dr Tam Weng Wah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Y.Bhg Dato' Sri Dr. Halim Bin Shafie, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Y.Bhg Dato' Ir. Hj. Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam, Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Dr. Yaakob bin Koming, Pengarah Perubatan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Y.Bhg Professor Dr. Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah MIROS, Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Zamzamzairani bin Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Berhad, Y.Bhg Datuk Seri Razman bin Hashim, Timbalan Pengerusi Sunway Group, YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negeri dan Wakil-wakil media.

Pdrm Lancar Op Selamat
Pegawai Kanan Polis menanti ketibaan Ketua Polis Negara

Pdrm Lancar Op Selamat
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Pdrm Lancar Op Selamat
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Pdrm Lancar Op Selamat
Pdrm Lancar Op Selamat
Pdrm Lancar Op Selamat
Pdrm Lancar Op Selamat
Antara yang hadir

Pdrm Lancar Op Selamat
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Dato' Sri Dr. Halim Bin Shafie, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad

Pdrm Lancar Op Selamat
Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Pdrm Lancar Op Selamat
Juruacara Majlis

Pdrm Lancar Op Selamat
Pdrm Lancar Op Selamat
Gimik Pelancaran

Pdrm Lancar Op Selamat
Penyampaian Cenderahati Kenangan

Pdrm Lancar Op Selamat
Mendengar penerangan kegunaan aplikasi telefon pintar daripada staff Telekom Malaysia Berhad

Pdrm Lancar Op Selamat
Mendengar penerangan mengenai Daftar Portal Laman Info Trafik

Pdrm Lancar Op Selamat
Sidang Media

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM