Oleh : Kpl Edwind Indo
PDRM LANCAR OP SELAMAT
SUBANG
JAYA, 30 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini secara rasmi
telah melancarkan Op Selamat 3/2013 Sempena Sambutan Aidilfitri yang
akan berlangsung dari 1 sehinggalah 15 Ogos iaitu selama 15 hari. Majlis
Pelancaran Op Selamat 3/2013 Sempena Hari Raya Aidilfitri diadakan di
Sunway Pyramid, Subang Jaya.
Majlis gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.
Dalam
operasi ini, PDRM turut berkolaborasi dengan pelbagai agensi seperti
Telekom Malaysia Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan
Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan
Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance,
Prince Court Medical Centre, MIROS, konsesi-konsesi lebuhraya dan pihak
media.
Dalam
ucapan beliau turut mengumumkan ANUGERAH PEMANDUAN BERHEMAH kepada
pengguna jalan raya daripada pelbagai kategori yang akan disampaikan
oleh PDRM dan beberapa pihak penaja. Pemilihan turut dibuat kepada tiga
kontinjen dan daerah seluruh Malaysia yang memainkan peranan terbaik di
dalam menurunkan kes jenayah pecah rumah dan kemalangan maut.
"Memandulah
dengan berhemah di jalan raya, dan pastikan keselamatan rumah sebelum
bergerak pulang ke kampung masing-masing. Insya-Allah, kita sama-sama
mengharapkan agar semuanya selamat pulang ke kampung dan selamat kembali
pula ke rumah masing-masing", YDH Ketua Polis Negara menutup ucapan
perasmian beliau.
Antara
yang hadir ialah Y.Bhg Datuk Ismail bin Ahmad, Ketua Pengarah
Pengangkutan Jalan, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan
Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Dr Tam Weng Wah Ketua Pengarah Jabatan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Y.Bhg Dato' Sri Dr. Halim Bin Shafie,
Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Y.Bhg Dato' Ir. Hj. Ismail bin Md.
Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, YDH Dato' Sri Salleh
bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan
Kententeraman Awam, Y.Bhg
Mejar Jeneral Dato' Dr. Yaakob bin Koming, Pengarah Perubatan Bahagian
Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Y.Bhg Professor Dr.
Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah MIROS, Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri
Zamzamzairani bin Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia
Berhad, Y.Bhg Datuk Seri Razman bin Hashim, Timbalan Pengerusi Sunway
Group, YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Pesuruhjaya
dan Ketua-ketua Polis Negeri dan Wakil-wakil media.

Pegawai Kanan Polis menanti ketibaan Ketua Polis Negara

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara




Antara yang hadir

Ucapan aluan oleh Y.Bhg Dato' Sri Dr. Halim Bin Shafie, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad

Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Juruacara Majlis


Gimik Pelancaran

Penyampaian Cenderahati Kenangan

Mendengar penerangan kegunaan aplikasi telefon pintar daripada staff Telekom Malaysia Berhad

Mendengar penerangan mengenai Daftar Portal Laman Info Trafik

Sidang Media